Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara berikut: 1.Bagaimana perkataan "terhadap" perlu digunakan: Jabatannya telah mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. (Adakah ayat ini betul)? Sikapnya terhadap pembelajran bahasa adalah terlalu negatif. (adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?). 2. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menambahbaikkan sitem pendidikan negara. (adakah ayat ini betul?) 3. Baru-baru ini adik saya telah menerima tawaran yang menarik daripada syarikat itu. (betul?) Sekian, terima kasih. Peter Johnson peterj@streamyx.com | Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Penggunaan kata sendi terhadap dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat (2) dan (3) betul. | Tatabahasa | 15.05.2008 |
Sukacita mendapat penjelasan tentang pengunaan "antara dan "di antara". T.kasih. | Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya Mereka berbincang antara adik-beradik. Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi. | Tatabahasa | 16.04.2007 |
Pohon penjelasan yang mana penggunaan yang tepat: 1) Sukacita memaklumkan bahawa... atau 2) Sukacita dimaklumkan bahawa... Sekian, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Sukacita dimaklumkan bahawa ... | Tatabahasa | 18.01.2008 |
Harap dapat penjelasan mengenai penggunaan 'sukacita' atau 'dukacita' di dalam penulisan surat. Yang mana betul "Sukacita dimaklumkan bahawa ...." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Encik Yahaya, sukacita - senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; Dengan sukacitanya / dukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Yang mana satu betul: 'Sukacita dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dimaklumkan bahawa ...' | Penanda makluman yang betul ialah "Sukacita dimaklumkan bahawa..." dan "Dimaklumkan bahawa...". "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa..." sepatutnya "Sukacita dimaklumkan bahawa...". | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih. | Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam wacana ini. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
Tuan,Sukacita sekiranya dapat tuan maklumkan tentang istilah melayu yang tepat bagi perkataan inggeris sustainable. Apakah mampan ataupun mapan?Terima kasih Mohammad Zaki | Padanan bahasa Melayu untuk istilah sustainable ialah mampan manakala untuk established pula ialah mapan. Terima kasih | Istilah | 09.07.2003 |
Assalamulaikum, Saya sukacita memohon untuk mendapatkan email atau alamat atau no telepon Prof. Nik Safiah karim. kerana untuk kegunaan buku 50 tahun sambutan penubuhan DBP pada tahun ini., Saya terpaksa juga menggunakan ruangan ini. Mohon maaf yang dilakukan ini bertentangan dengannya. sekian, harap dapat belasanya. | Prof. Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur dan nombor telefonnya: 016-6852838. Selamat menyambut ulang tahun ke-50 DBP Brunei. | Lain-lain | 13.06.2011 |
Saya ingin dapatkan kepastian mengenai penanda makluman yang betul sama ada "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." Saya pernah mengemukakan dua pertanyaan sebelum ini. Jawapan kepada pertanyaan yang pertama ialah "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." manakala jawapan kepada pertanyaan yang berikutnya ialah "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." | "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." dan "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." kedua-dua frasa ini adalah betul. Frasa pertama dalam bentuk ayat biasa (subjek + predikat), manakala dalam frasa kedua kata sendi nama/kata hubung pada pangkal ayat utama (subjek + predikat). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 19.05.2011 |
Penggunaan perkataan bahawa: Yang mana betul. a. Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan ... atau b. Mesyuarat mengambil maklum cadangan... Yang mana betul a. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya... atau b. Sukacita dimaklumkan tuan telah berjaya... Yang mana betul a. Dengan hormatnya saya merujuk kepada ..... atau b. Saya dengan hormatnya merujuk kepada.... | Frasa yang betul ialah "Mesyuarat mengambil maklum cadangan ..." dan "Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya ..." dan "Dengan hormatnya saya merujuk ...". | Tatabahasa | 03.05.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| suka | 1. Bersinonim dengan gembira ( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, ) (adjektif:) Berantonim dengan duka
2. Bersinonim dengan mudah ( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan gemar ( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
4. Bersinonim dengan sayang akan ( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan, |
|
|