| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Selamat sejahtera, Suasana di pasar raya riuh-rendah/meriah. (Guna meriah atau riuh-rendah?) Terima kasih. | Meriah – berkenaan dengan majlis, suasana dan sebagainya, gembira atau suka ria Riuh-rendah – terlalu bising dengan suara atau bunyi yang kuat dan tidak tentu butirnya Brdasarkan makna yang tersebut, perkataan yang sesuai digunakan dalam konteks ayat ini ialah riuh-rendah. Suasana di pasar raya itu riuh-rendah. | Tatabahasa | 13.06.2026 |
| Tepatkah jika "fun run" diterjemahkan sebagai "larian suka-suka"? | Fun Run = Larian Ria | Makna | 02.10.2018 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | suka | 1. Bersinonim dengan gembira ( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, ) (adjektif:) Berantonim dengan duka
2. Bersinonim dengan mudah ( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan gemar ( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
4. Bersinonim dengan sayang akan ( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
| | Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan, |
|
|