Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
....patut disemai dalam diri pelajar atau .....disemai dalam jiwa pelajar. Yang mana lebih tepat. Atau ....semangat itu semakin terhakis dari dalam diri pelajar Atau ....semakin terhakis dari jiwa pelajar? | Jawapan yang lebih tepat ialah ...disemai dalam jiwa pelajar dan ... semangat itu semakin terhakis daripada jiwa pelajar. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Dia berasal dari negeri Pahang. 2. Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 3. Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 4. Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong, Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya) 5. Dia berasal dari negara Jepun. 6. Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Tatabahasa | 10.05.2009 |
Bahasa tidak patut menjadi tembok penghalang yang membolehkan mereka berkomunikasi dan "berinteraksi". berinteraksi merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ?? | Betul, perkataan berinteraksi ialah kata kerja tak transitif. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Dari segi tatabahasa, adakah 'ambil berat' patut dibubuh imbuhan meN- dalam ayat-ayat berikut dalam konteks penulisan? 1) Pak Su ambil berat akan anak-anaknya. 2) Kita patut ambil berat terhadap warga tua. Jika dibubuh imbuhan, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' perlu digugurkan? (ikut prinsip kata kerja transitif) | Ayat yang gramatis ialah "Pak Su mengambil berat perihal anak-anaknya" dan "Kita patut mengambil berat perihal warga tua". Mengambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud memberikan perhatian yang istimewa. Manakala dalam konteks kata kerja transitif kata kerja mengambil perlu diikuti langsung oleh objek yang terdiri daripada kata nama seperti "buku" dan "bola" menjadi "mengambil buku" dan "mengambil bola". Kata sendi nama "akan" pula perlu didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu, kata sendi nama "akan" digugurkan dalam ayat contoh tersebut. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati. | Saudara Ang, Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang. | Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut">patut, wajar, kena. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. | Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3) saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Salam sejahtere, saya seorang pengguna karyanet yang kerap menggunakan khidmat istilah dan kamus dewan. Mengapakah laman karyanet sudah tidak berfungsi. Ia sangat bagus dan patut diteruskan. sekiranya ia sedang diperbaiki sekalipun, patut ada pemberitahuan apabila link tersebut diklik. terima kasih. | Assalamualaikum Selain karyanet DBP ada menyediakan khidmat carian istilah dan Kamus Dewan melalui perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PPRM). Saya cadangkan saudara membuat rujukan melalui perkhidmatan yang disediakan ini dengan melayari laman DBP di alamat http://www.dbp.gov.my | Lain-lain | 28.02.2010 |
Yang manakah yang betul? 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan. 2 Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. 3 Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. Terima kasih. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan (Seharusnya: Undang-undang itu telah pun dikuatkuasakan dari pukul 8.00 pagi hingga.....) 2.Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. (Seharusnya: Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji.) 3.Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. ( Seharusnya: Pengguna yang berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya.) | Tatabahasa | 25.02.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| patut (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,
2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya,
perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,
3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,
| Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.
Lihat selanjutnya... |
|