Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih. | Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
Adakah ayat di bawah menggunakan tatabahasa yang betul? -Badan Ali panas kerana dia telah pergi bermain di tengah panas. | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan Ali panas kerana dia bermain di tengah panas". | Tatabahasa | 12.05.2013 |
I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Dalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. | Tatabahasa | 14.06.2008 |
1.Cuaca hari itu panas. 2. Cuaca pada hari itu panas. Jawapan 1 atau 2 adalah betul ? Terima kasih.. | Ayat yang gramatis ialah cuaca pada hari itu panas. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
1. apakah makna 'elaun pakaian panas' dalam bahasa inggeris? Sesuaikah 'summer cloth allowance' dengan perkataan di atas. Minta bantuan. Sekian dulu, terima kasih. | Elaun pakaian panas ialah sejenis elaun yg diberikan kepada kakitangan kerajaan yg mengunjungi negara yg mempunyai lebih daripada satu musim. Misalnya ke Eropah atau sebagainya. 'Summer Cloth Allowance" sesuai digunakan untuk perkataan elaun pakaian panas. T.kasih. | Lain-lain | 04.09.2008 |
MAKNA MARAH | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka. | Makna | 19.10.2007 |
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANG | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka | Makna | 19.10.2007 |
nama pengarang novel Tingkatan 3 panas salju ialah Talib Samad atau Talib Samat? | Untuk makluman saudara, penulis novel Panas Salju yang sebenar ialah Talib Samat | Lain-lain | 28.06.2010 |
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| panas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku, Berantonim dengan sejuk
2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak, Berantonim dengan kebah
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang, Berantonim dengan redup
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,
5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,
6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,
| Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas, |
|
Puisi |
---|
|
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.
Lihat selanjutnya... |
|