Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia' | 1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul. 2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif. 3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat, ia bercita-cita hendak menjadi doktor. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
Perkataan 'masuk' berbentuk kata kerja transitif atau tak transitif? Bolehkah saya menulis begini: Ali masuk bilik. Ataupun saya perlu menulis: Ali masuk ke bilik. Terima kasih. | Masuk merupakan kata kerja aktif tak transitif. "ke bilik" merupakan unsur keterangan yang memberikan maklumat tambahan. Ayat yang gramatis ialah Ali masuk ke bilik. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupan | Penyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. | Lain-lain | 14.03.2008 |
Masuk pengurusan. | Secara amnya pengurusan merujuk perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu, secara khususnya pengurusan ialah perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan lain-lain). | Makna | 25.03.2011 |
mana yang betul? ' masuk ke dalam dewan' atau 'masuk ke dewan' | Jawapan yang betul ialah masuk ke dalam dewan, pergi ke dewan. | Lain-lain | 16.11.2010 |
adakah peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung sama dengan maksud dengan masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak? apakah maksud kedua-dua peribahasa tersebut ? | Peribahasa 'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' bermaksud ikut peraturan tempat di mana kita berada; 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak' bermaksud menyesuaikan diri dengan masyarakat keliling. | Makna | 09.07.2008 |
Bolehkah menggunakan ayat berikut untuk bilik fail sulit " SILA MASUK DENGAN KEBENARAN " | Frasa tersebut betul tetapi terlalu terikut-ikut dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah SILA MASUK SETELAH MENDAPAT KEBENARAN atau DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN. | Tatabahasa | 14.10.2009 |
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.com | Berdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut. | Lain-lain | 29.07.2011 |
bagaimana saya masuk ke laman wab kamus BM ke BI free | Puan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 05.10.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| masuk (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam Berantonim dengan keluar
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,
4. Bersinonim dengan menganut: memeluk
5. Dalam konteks peperiksaan bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,
6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,
| Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai.
Lihat selanjutnya... |
|