Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pada masa ini kebanyakan orang menyebut perkataan bertaraf dunia. Adakah orang lain tidak tinggal tinggal di dunia? 2. Kebanyakan orang menyebut pasca sebagai paska. Apa pendapat DBP? | Bertaraf dunia bermaksud mempunyai taraf peringkat dunia, satu peringkat yang meluas, tinggi dan menyeluruh. Kata pasca disebut pasca, bukan paska. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai paska kerana terikat dengan sebutan dalam bahasa Inggeris, c dilafazkan sebagai k. | Lain-lain | 08.09.2007 |
Ayat yang manakah betul? a) Dia tinggal jauh dari keluarganya. b) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. c) Dia tinggal berjauhan dari keluarganya. d) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. | Ayat yang betul: a) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. b) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. Ataupun: Dia tinggal jauh dari keluarganya di Kelantan. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
1. Saya tinggal di mukim Sik. Saya tinggal di Mukim Sik. 2. Ali tinggal di daerah Sik. Ali tinggal di Daerah Sik. 3. Saya dari negeri Kedah. Saya dari Negeri Kedah. Penggunaan nama khas manakah yang betul dan tolong berikan alasannya. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan nama khas yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mukim Sik 2. daerah Sik 3. negeri Kedah | Lain-lain | 14.02.2011 |
HARIMAU TINGGAL DI DALAM HUTAN ATAU HARUMAU TINGGAL DI HUTAN DALAM? AYAT MANAKAH YANG BETUL? HUTAN DALAM BERERTI JAUH DALAM HUTAN MANAKALA DI DALAM HUTAN SEPERTI LEBIHAN AKJEFTIF. AYAT SEPERTI 'DI DALAM HUTAN TERDAPAT SEEKOR HARIMAU YANG GARANG' AYAT INI MEMANG BETUL. SILA CONFIRM KAN TERIMA KASIH. SEKIRANYA SAYA BERTANYA ' SAYA TINGGAL DI DALAM KAMPUNG ATAU SAYA TINGGAL DI KAMPUNG'? | 1. Harimau tinggal di dalam hutan. 2. Saya tinggal di kampung. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
saya hendak pastikan adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan TINGGAL. 1. Ibu tidak boleh TINGGAL lama di kampung kerana cutinya telah habis. 2. Munirah TINGGAL di perkampungan nelayan Kuala Gula sejak kecil. | Penggunaan perkataan "tinggal" dalam ayat betul. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
"Nazri tinggal di bandar pelabuhan Kuantan" atau "Nazri tinggal di Bandar Pelabuhan Kuantan"? | Ejaan yang betul ialah "Nazri tinggal di bandar pelabuhan Kuantan". | Ejaan | 28.09.2011 |
1. Hutan ialah tempat haiwan tinggal. 2. Hutan ialah tempat tinggal haiwan. Pls kindly help to adv which is the correct. Thank you | Ayat yang betul ialah "Hutan ialah tempat tinggal haiwan." | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Yang mana satu penggunaan yang betul: 1. Murid layak diberikan peluang tinggal di asrama.. atau 2. Murid layak diberi peluang tinggal di asrama... | Ayat yang betul ialah "Murid layak diberi peluang tinggal di asrama". | Tatabahasa | 27.01.2015 |
Saya ingin tahu antara dua ayat yang berikut, mana satu adalah betul? 1. Harimau tinggal di dalam hutan. 2. Harimau tinggal di hutan dalam. | Ayat yang paling tepat ialah Harimau tinggal di dalam hutan. | Tatabahasa | 27.07.2015 |
Assalamualaikum wbt. Saya inginkan kepastian bagi struktur ayat berikut ; 1. Siapakah tinggal di rumah itu ? 2. Siapakah yang tinggal di rumah itu ? Kalau dilihat pada fungsi yang sebagai kata hubung adalah untuk menghubungkan dua struktur ayat atau sebagainya. Jadi, apakah fungsi yang bagi ayat kedua di atas. Terima kasih. | Dalam ayat kedua, yang berfungsi sebagai kata hubung relatif. Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 1. Siapakah yang tinggal di rumah itu? 2. Yang tinggal di rumah itu siapa? Berdasarkan contoh tersebut, ayat pertama ialah ayat songsang yang mengalami pendepanan predikat. "Yang" berfungsi sebagai kata relatif apabila menggabungkan dua klausa iaitu tinggal di rumah dan siapa. Klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan menindan kelapa manis; Berpeluk tinggal bercium tinggal, Tinggal abang jangan menangis.
Lihat selanjutnya... |
|