Kata |
Takrif |
Sumber |
menumpangkan | 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menumpang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitipkan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semang; anak ~ | 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. | Kamus Pelajar |
bonceng | (boncéng)Jk; tukang ~ orang yg turut serta makan (menumpang dll) dgn tidak mengeluarkan wang;membonceng 1. menumpang naik motosikal (basikal dsb): bolehkah saya ~ pulang? 2. turut serta makan (bersuka-suka dll) dgn tidak mengeluarkan belanja dll: banyak yg ~ hasil perjuangan orang lain;memboncengkan menyuruh (memberi) menumpang; terbonceng diboncengkan, disertakan (dgn tidak sengaja); boncengan tempat utk membonceng, tempat menaruh barang (di basikal dsb);pembonceng orang yg membonceng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menumpang mati | ikut mati; bersama-sama mati dgn orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumpang makan | turut makan bersama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumpang hidup | tinggal bersama supaya dpt hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumpang | 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat sementara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; bersama-sama mati dgn orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumpang makan (tidur dll) | turut serta makan (tidur dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menumpang hidup | tinggal bersama supaya dapat hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menumpang mati | bersama-sama mati, ikut mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hitch | ~ a /ride, lift/, (colloq) menumpang; get ~ed, (sl) kahwin. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hitch-hiking | pengembaraan tumpang | Pelancongan | Tiada | Aktiviti menjelajah dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. |
host | perumah | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang dijadikan sebagai tempat tinggal organisma lain seperti parasit atau komensal. Perumah ini menyediakan makanan dan perlindungan kepada organisma yang menumpang. Contohnya, parasit yang hidup di permukaan atau di dalam ikan. |
beginning rhyme | rima awal | Kesusasteraan | Puisi | Penggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi. |
metre foot | kaki matra | Kesusasteraan | Puisi | Kelompok suku kata yang berfungsi untuk membentuk sama ada satu unit atau satu kesatuan matra sajak. Lazimnya dalam setiap unit sajak itu terdapat pola bunyi yang tetap, yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang mendapat tekanan dan yang tidak mendapat tekanan. Pola bunyi ini mudah dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi. |
reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: ...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi. Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tupak I | menumpang modal pd orang yg bermain judi. | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb น kakak พีชคณิต [pi:cakanit] น algebra พีระมิด [pi:ramit] น piramid พึง [p] ว harus: เราทุกคนพึงกระทำความดี Kita semua harus berbuat baik. พึงใจ [-cai] ดู พอใจ พึ่ง 1 [p] ก menumpang: นักท ่ องเที่ ยว ต ้ องพึ่ งเรือตำรวจน ้ ำเดินทางเข ้ าสู ่ ฝั ่ ง Pelan- cong terpaksa menumpang bot polis marin untuk mendarat. พึ ่ งพา [pa:] ก tumpang-menumpang: เราต ้ องพึ่ งพากันยามเกิดเหตุฉุกเฉิน Kita harus tumpang-menumpang ketika berlaku kecemasan. พึ ่ งพิง [-pi] ก menumpang: ครอบครัว
|
Kamus Thai 2.indb orang yang lebih senior. อาศรม [a:som] น pondok pertapa อาศัย [a:sai] ก 1 tinggal: ลุงมีอาศัยอยู ่ ในกระท ่ อมหลังเล็ก Pak Cik Mi tinggal di sebuah pondok kecil. 2 menumpang: เขาอาศ ั ยรถลุงเขาไปโรงเรียน Dia menumpang kereta bapa saudaranya ke sekolah. อาสา [a:sa:] ก menawarkan diri: ชาว มาเลเซียหลายคนอาสาไปรบที่ บอสเนีย Bebe rapa orang Malaysia menawarkan diri untuk berperang di |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menumpang | [me.num.pang] | منومڤڠ |
tumpang-menumpang | [tum.pang.me.num.pang] | تومڤڠ-منومڤڠ |
|
Puisi |
---|
|
Buahlah padi selasih dulang, Adik menumpang ke hulu saja; Buah hati kekasih orang, Adik menumpang bergurau saja.
Lihat selanjutnya... |
|