Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tegang tidak, kendur tidak.

Takrif

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak.

Takrif

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.

Takrif

Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kendur mengusut, tegang memutus.

Takrif

Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pantang si tegang dibawa mengetul.

Takrif

Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.

Takrif

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tali jangan putus, kaitan jangan serkah.

Takrif

Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.

Takrif

Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tegang (adjektif)
1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat,
Berantonim dengan kendur

2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur,
Berantonim dengan lembut

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, langsing, keras, tinggi,
Berantonim dengan lunak

4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat,
Berantonim dengan kendur

Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan,