Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan perkataan "tegang-tegang" dan "cekang-cekang". Contohnya untuk menarik tali yang dililit pada batang pokok kelapa. | Kelasi mengikat tegang-tegang tali kapal yang baru berlabuh itu. Cekang juga bermaksud tegang atau kaku berkaitan tubuh badan dan sebagainya. Dalam konteks makna yang tuan maksudkan penggunaan perkataan tegang-tegang tidak sama dengan cekang-cekang. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Salam sejahtera. Gula yang dikacau dalam air panas itu telah tegang. Penggunaan "tegang" adalah salah. Bolehkah saya tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan "tegang" ini? Terima kasih. | Perkataan "tegang" perlu digantikan dengan perkataan "larut" dalam ayat di atas yang membawa maksud menjadi cair (berkenaan gula dalam air dan lain-lain). | Tatabahasa | 19.11.2020 |
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih. | Perkataan yang lebih tepat ialah keras. | Tatabahasa | 27.05.2010 |
Mengapakah kotek lelaki boleh tegang? | Jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas. | Lain-lain | 06.11.2015 |
keadaan di kedua-dua buah negara yang berempadan itu bertambah tegang dengan terbukanya laluan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar yang menjadi rebutan itu. tuan, adakah di salah dalam ayat ini? yakni keadaan kedua-dua buah negara... | Ayat ini betul, kedua-dua merujuk kelompok yang terdiri daripada dua buah negara. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
wajahnya nampak________kerana kurang tidur selama berapa hari. a) muram b) tegang c) murung d)cengkung | Saudara, Ayat yang betul ialah : Wajahnya nampak cengkung kerana kurang tidur selama beberapa hari. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Gabungkan menjadi ayat majmuk. Adi berasa malu. Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang. | Sila rujuk guru di sekolah tentang tatacara menulis karangan, menggunakan format yang betul dan fakta yang tepat. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Gabung ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi berasa malu . Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang. | Siti berasa malu kerana kawannya melihat mukanya yang tidak bersolek. Sila gunakan kata hubung yang bergaris dalam ayat contoh yang tuan berikan. Dalam hal pembelajaran, gunakan ayat yang baik dan santun. | Lain-lain | 05.11.2015 |
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi. | Saudara, Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu; menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini. | Lain-lain | 10.11.2009 |
Saudara, bagaimana mendapatkan definisi perkataan 'stress' yang mudah difahami | 'Stress' atau tekanan dalam bahasa Melayu bermaksud keadaan resah, cemas, tegang dsb. akibat tekanan mental atau fizikal. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 1526. | Makna | 30.01.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| tegang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat, Berantonim dengan kendur
2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur, Berantonim dengan lembut
3. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, langsing, keras, tinggi, Berantonim dengan lunak
4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat, Berantonim dengan kendur
| Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan, |
|
|