Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN

Australia, Sistem perundangan. Sistem

perundangan Australia sebahagian besarnya

berdasarkan sistem perundangan England. Banyak

undang-undang Australia kini berasal daripada

undang-undang Inggeris yang dibawa oleh

peneroka awal. Tetapi, Australia adalah

persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian

sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem

perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap

negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya

sendiri dan mempunyai undang-undang yang

hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping

itu, Australia mempunyai sistem mahkamah

persekutuan dan undang-undang persekutuan

yang dilaksanakan di seluruh negara.

UMUM
SISTEM TORRENS

Sistem Torrens ialah sistem untuk mendaftarkan

geran harta tetap (tanah dan bangunan). Sistem ini

diambil daripada nama Sir Robert Torrens yang

memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun

1858. Tujuan sistem ini ialah untuk menjadikan

pemindahan hartanah adalah mudah dan selamat

seperti pemindahan harta lain dan mengakhiri

pemeriksaan geran yang berulang kali.

UMUM
SISTEM PAIP

Sistem paip ialah sistem pemasangan paip yang

mengalirkan air ke dalam dan ke luar bangunan.

Istilah ini berasal dari Latin iaitu plumbum yang

bermaksud logam. Pada zaman Rom purba paip

logam digunakan. Kini kebanyakan sistem paip

diperbuat daripada loyang, besi tuang, kuprumplastik

atau logam keluli.

UMUM
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Sistem maklumat pengurusan ialah sistem

komputer yang direka untuk membantu para

eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan,

agensi kerajaan dan juga organisasi lain.

Sektor perniagaan sudah lama bergantung

kepada komputer untuk mengendalikan kerja

menyimpan kira-kira yang asas, seperti

penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu,

sistem maklumat pengurusan sebenarnya

membantu pengurus membuat keputusan

perniagaan yang kompleks.

UMUM
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWIEJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah (           ) atau Jawi (          ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah Aqaid al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
BAHASABahasa
ANALISIS SISTEM

Analisis sistem ialah kajian tentang bagaimana

bahagian-bahagian sistem bekerja berkumpulan.

Satu sistem ialah suatu kumpulan orang, mesin atau

unsur lain yang bekerja bersama-sama untuk

melakukan satu pekerjaan tertentu.

UMUM
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI)

Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan

elektronik yang menghasilkan semula bunyi

dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti

tinggi direka bentuk untuk mengekalkan

ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan

herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini

sering juga digelar sebagai sistem bunyi

stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan

bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi

pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran

yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini,

sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan

semula dari arahnya yang betul.

UMUM
SISTEM NOMBORAkan dikemaskiniMATEMATIKKonsep
SISTEM PERSAMAAN LINEARAkan dikemaskiniMATEMATIKKaedah
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,