Kata |
Takrif |
Sumber |
stail | 1 cara atau gaya melakukan sesuatu (spt mengarang, berlakon). 2 cara sesuatu pakaian dipotong atau dijahit dsb; potongan; fesyen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
stail | 1. cara atau gaya melakukan sesuatu (mengarang, bercakap, dll): ia adalah seorang tokoh sastera yg mempunyai ~, gaya bawa yg tersendiri; 2. bentuk, potongan, atau fesyen (pakaian dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stail | 2 cara sesuatu pakaian dipotong atau dijahit dsb; potongan; fesyen. | Kamus Pelajar |
stail | 1 cara atau gaya melakukan sesuatu (spt mengarang dll). | Kamus Pelajar |
keinggerisan | terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas kini | 1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
stilistik | 1. kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dlm penulisan; 2. berkaitan dgn stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa penulisan: demikian juga, Umar Yunus dgn tegas mengatakan bahawa unsur ~ yg utama ialah ayat; saya tidak bermaksud menutup penerokaan ~ penulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas kini | 1. baru atau sedang berlaku; semasa. 2. memperlihatkan atau menampakkan pembaharuan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya adalah yg ~. mengemaskinikan menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. | Kamus Pelajar |
Inggeris | rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hachneyed | lusuh | Kesusasteraan | Tiada | Stail penulisan yang terlalu biasa dan membosankan. Tema penulisan berkisar tentang perkara remeh-temeh yang kurang diberi perhatian oleh pembaca. Lihat juga klise. |
form | bentuk | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip organisasi sesebuah karya sastera berdasarkan struktur dan stail. Bentuk berbeza dengan isi, namun dalam proses pengkaryaan, kedua-duanya berkembang serentak, saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi. Kedua-duanya boleh dianalisis secara berasingan bagi tujuan kritikan. Contohnya, puisi berbentuk pantun mempunyai struktur tertentu, iaitu mempunyai pembayang maksud dan maksud, dan isi kandungannya dipengaruhi struktur tersebut. Bentuk juga bermaksud jenis karya atau genre seperti novel, drama, dan cerpen. |
invention | rekaan | Kesusasteraan | Tiada | Rekaan: Daya kreatif yang asli dari segi pemikiran, stail/gaya, diksi, imajan atau plot. |
doggerel | puisi remeh | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang diolah secara kasar, mengandungi isi yang remeh dan menggunakan stail yang tidak rapi. Rima puisi remeh umumnya bersifat mendatar dan tidak memperlihatkan kesan emosi atau perasaan yang mendalam. Puisi tersebut mungkin bertujuan untuk hiburan, suka-suka atau untuk melahirkan idea kelucuan. Umumnya, puisi jenis ini lahir daripada para pengarang yang kurang berpengalaman tentang kaedah penciptaan puisi yang sistematik dan tidak berteraskan nilai-nilai estetik dan puitis yang tinggi. Di samping penghasilan puisi yang bermutu rendah, puisi remeh juga banyak terdapat dalam kad ucapan dan iklan barangan untuk menarik perhatian pembaca dan pembeli. |
tautology | tautologi | Kesusasteraan | Tiada | Pengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya, atau saya sendiri secara peribadi..., dan raksasa gergasi yang suka makan orang. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud mengatakan yang sama. |
tanka | tanka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme. |
neologism | neologisme | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan perkataan baharu dalam sesebuah puisi yang dicipta. Pembentukan dan penggunaan kata baharu itu mungkin berasal daripada bahasa penyair sendiri mahupun dipinjam daripada bahasa asing. Penggunaan kata-kata neologisme ini bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu isu atau pemikiran yang diungkapkan oleh penyairnya dan mungkin juga merupakan suatu stail saja. Contohnya, penggunaan neologisme ini dapat dilihat dalam "Sajak Warga Kata" karya Baha Zain. Antara kata-kata tersebut ialah warga, bankrap, pub, nightclub, combat, piring terbang, jutawan, rutin, burger, instant mee dan kerantung. |
explication de texte | pemerian teks | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah analisis atau cara pembacaan rapi bagi teks prosa atau puisi. Pemerian teks dipengaruhi oleh corak pengajaran kesusasteraan tradisional, iaitu Practical Criticism yang digunakan dalam sistem persekolahan peringkat menengah di negara Perancis sehingga tahun 1960-an. Pemahaman lebih jelas bagi sesuatu teks sastera dibuat melalui kajian terperinci dengan cara menganalisis aspek linguistik dan menggunakan kaedah stilistik. Analisis sebegini memberi pemahaman yang mendalam dan aspek stail, bahasa, penggunaan simbol dan hubung kait satu bahagian dengan keseluruhan teks tersebut. Pemerian teks penting kepada pengamal teori Kritikan Baharu kerana apresiasi dan penilaian mantap sesuatu teks menjadi lebih berkesan jika tahap pemahaman pembaca mendalam. Kaedah ini mampu mendapatkan suatu interpretasi teks yang bukan sahaja objektif tetapi mantap dari segi teori dan kritikannya. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
stail | [stail] | ستاءيل |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata stail |
|
|