PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
mesoscopic | | | Sistem yang saiznya berada dalam julat sekitar 10(2) nm - 10(3) nm, iaitu antara sistem mikroskopik dengan makroskopik. Sistem ini mengandungi ribuan atom atau molekul yang dapat berinteraksi secara mekanik kuantum. Walaupun sistem mesoskopik bersaiz kecil, sistem ini mengandungi atom atau molekul yang mencukupi untuk menentukan purata ketumpatan, cas, suhu, entropi, dan lain-lain. |
microelectromechanical systems (MEMS) | | | Sistem peranti mekanik yang difabrikasikan ke atas cip semikonduktor berdimensi 10 mikrometer - 100 mikrometer. Sistem ini digunakan sebagai sensor untuk tekanan, suhu, pembantu cahaya, akselerometer, dan perentak jantung. |
qubit | | | Maklumat digit atau bit dalam pengkomputeran berasaskan keadaan kuantum suatu sistem. Kubit digunakan dalam sistem komputer kuantum yang dapat menyimpan maklumat yang terlalu besar dan beroperasi pada kelajuan tinggi. Kubit ialah singkatan bagi kuantum dan bit. |
density functional theory | | | Satu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan. |
metastable | | | Keadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil. |
radiationless transition | | | Peralihan antara dua aras tenaga sistem tertentu, iaitu tenaga yang dihasilkan diserap oleh sistem lain sehingga tidak berlaku pemancaran cahaya oleh sistem pertama. Contohnya, kesan Auger dan pengujaan atom atau molekul semasa pelanggaran dengan atom atau molekul yang lain. |
macroscopic | | | Sifat sistem yang kuantiti fiziknya dapat diukur atau dicerap secara terus. Bagi objek fizikal, saiznya melebihi 1 mm. Dari segi statistik, sistem ini merangkumi himpunan zarah yang banyak. Banding mikroskopik. |
pixel | | | Unsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik. |
microelectromechanical device | | | Alat bersaiz mikro yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, mikropam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. Lihat juga sistem mikroelektromekanik (MEMS). |
optical memory | | | Simpanan data digital menggunakan sistem dan sifat optik. Data ini dibaca dengan menggunakan alur laser. Ingatan optik dapat menyimpan data dalam kuantiti yang besar dan dapat dibaca dengan laju menggunakan sistem komputer. Contohnya, CD-ROM atau DVD. |
|
Tesaurus |
---|
| sistem (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,
2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,
3. Rujuk undang-undang 2
| Kata Terbitan : bersistem, |
|
|