Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RASA SAYANG

RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama Rasa Sayang Eh tetapi nama asalnya ialah Rasa Sayang. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut.

BUDAYAKarya
DONDANG SAYANG DONDANG SAYANG, sejenis nyanyian yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka. Dondang bermakna nyanyian, manakala dondang sayang bermaksud mengulit kasih.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KOMPLEKS OEDIPUS

Kompleks Oedipus, suatu konsep yang

digunakan dalam psikoanalisis, merupakan

keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk

mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya

daripada ibu bapa yang bertentangan jantina.

UMUM
GHAZAL

GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud lagu dan puisi kasih. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PRIANGAN SI JELITAPRIANGAN SI JELITA, kumpulan puisi karya Ramadhan K.H. Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1958 oleh Penerbit Balai Pustaka, dan dicetak semula pada tahun 1965. kumpulan puisi ini mengandungi 21 buah puisi yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaituTanah Kelahiran, Dendang Sayang dan Pembakaran.SASTERAKarya
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM
MAETERLINCK, MAURICE

Maeterlinck, Maurice (18621949) ialah

dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli

falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel

tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera

Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam

cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan

mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman

karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908)

merupakan cerita dongeng yang mengisahkan

seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata

tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di

rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang

lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder

(kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah

sedih yang menekankan keperluan mencari kasih

sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari.

Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama

simbolik tentang kekasih unggul yang musnah

kerana mencari kesempurnaan.

UMUM
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Yakub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Yakub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Yakub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Yakub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Yakub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM
GILA

GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan.

BUDAYAPenyakit
RSPCA

RSPCA ialah persatuan perlindungan haiwan yang

tertua di dunia. Ia menjalankan usaha menggalakkan

perasaan kasih sayang dan menghalang kekejaman

terhadap haiwan.

UMUMUmum
1
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
     Di sini tempat bergurau sayang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...