Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)
Kata Takrif Sumber
kesal = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul:Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan:Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid.Kamus Pelajar
jengkel(jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, men­dongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu; menjengkeli sebal hati terhadap: ke­ba­nyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya; menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tin­dakan yg diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ralat IIkesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dpt menunaikan hajat dll).Kamus Pelajar
mengesaliberasa kesal atau berasa kecewa akan:Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu.Kamus Pelajar
gemas1. sangat kesal, amat jengkel (marah, benci, dll): ~ hatinya melihat orang yg tidak menaruh belas kasihan itu; 2. benci ber­campur sayang; menggemaskan menimbulkan rasa gemas.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebal, = ~ hatiberasa kesal atau mendongkol kerana kecewa dll.Kamus Pelajar
mengesalkanmenimbulkan rasa kesal; menyebalkan:Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya.Kamus Pelajar
jelu IJk berasa kesal, sebal hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyayangi2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? Kamus Pelajar
kilanterkilan berasa kesal atau berasa tidak senang hati kerana hajat (keinginan dsb) tidak tercapai.Kamus Pelajar
Tesaurus
 
kesal (adjektif)
Bersinonim dengan sesal, ralat, berat hati, tidak sedap hati, pegal hati, kecewa, musykil, tidak puas hati, pedar hati;,
Kata Terbitan : kekesalan, menyesali,

Puisi
 

Kalau ubi hendak dijual,
     Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
     Manalah terduga akannya padah.



Lihat selanjutnya...