Kata |
Takrif |
Sumber |
bercinta | 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. | Kamus Pelajar |
rindu dendam | perasaan rindu yg amat sangat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cium | ; bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup; bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, berantuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu; tercium 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan; perciuman perbuatan bercium; penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam; pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dakap | ; berdakap berpeluk utk melepaskan rindu dll. berdakap-dakap berpeluk-pelukan:Ibu dan anak itu ~ sebelum si anak berangkat pergi. mendakap memeluk: Dia ~ anaknya utk melepaskan rindu. dakapan pelukan: Kanak-kanak itu berasa gembira berada dlm ~ ibunya. | Kamus Pelajar |
kangen | Jw ark rindu, ingin sangat (supaya) bertemu: kerana disuruhlah saya datang ke sini, di samping sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandrung I | Jw sangat rindu (berahi), sangat mengingini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdakap | berpeluk (utk melepaskan rindu dendam dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkasih | berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan I, = ~ hati | berasa sayu; rindu bercampur sedih; terharu kerana mendengar cerita sedih dsb: Hatinya terlalu ~ mendengar cerita Bawang Putih Bawang Merah itu. merawankan menimbulkan rasa rawan: Suaranya sedih dan ~ hati. | Kamus Pelajar |
membikin | menyebabkan, membuat: desir angin ~ hatinya rindu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
long 2 | ~ for so., /rindu akan, merindukan/ sso: the child ~ed for his parents, kanak-kanak itu rindu akan ibu bapanya; ~ for so. to do st, /amat ingin, ingin sekali/ sso membuat sst: her brother has been ~ing for her to visit him, adik lelakinya ingin sekali dia datang melawatnya; ~ for st, /ingin akan, mengingini, mengidam-idamkan/ sst; (food, drink) teringin hendak /makan, minum/ sst; (former surroundings, acquaintances, etc) /rindu akan, merindukan/ sst: he had always ~ed for wealth and position, dia sentiasa ingin akan kekayaan dan kedudukan; during his stay abroad, he ~ed for his mothers cooking, semasa di luar negeri dia teringin hendak makan masakan ibunya; he ~ed for his native land, dia rindu akan tanah airnya; she ~ed for his return, dia rindu akan kepulangannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
languishing | adj (of expression etc) rindu: a ~ look on her face, pandangan rindu di wajahnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
languishing | adj (of expression etc) rindu: a ~ look on her face, pandangan rindu di wajahnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pine 2 | ~ for, rindu akan: he is pining for home,dia rindu akan kampung halaman | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pine 2 | vi rindu: she was pining to see him again, dia rindu utk berjumpa lagi dengannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
nightingale | n bulbul, rindu malam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
homesick | adj /merindui, rindu akan/ kampung halaman: she felt ~ in the beginning, but then started to enjoy her new surroundings, dia pd mulanya merindui kampung halaman, tetapi kemudiannya berasa seronok dgn keadaan sekeliling yg baru. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ache | ~ for, merindukan, rindu akan: her heart ~d for him, dia merindukan lelaki itu; to ~ for home, merindukan kampung halaman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sick | ~ at heart, berasa amat sedih; be ~ for, rindu akan, merindukan: he was lonely and ~ for home, dia kesunyian dan merindui kampung halaman; be ~ to death, bosan, jemu, jelak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
miss 1 | terasa kehilangan; (with longing) (terasa, berasa) rindu (akan, utk), merindui: I wont ~ grumpy old, Joe when he retires, saya tdk akan terasa kehilangan apabila Joe yg perengus itu bersara; Ive worked abroad for many years and ~ my hom | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
lament | rintihan | Kesusasteraan | Tiada | Rintihan: Puisi yang menyatakan perasaan sangat sedih, rindu, murung terutama kerana kematian seseorang. |
passion | ghairah; nyala rasa | Kesusasteraan | Puisi | Perasaan yang diungkapkan oleh penyairnya. Umpamanya perasaan cinta, kasih sayang dan rindu dendam yang amat sangat. |
personification | pengorangan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang memberikan keadaan, suasana dan benda bersifat manusia. Contohnya, 'sepi menggigit' dan 'rindu melambai' dan seumpamanya. Sinonim personifikasi. |
abecedarian | abecedarian | Kesusasteraan | Tiada | Huruf pertama pada setiap baris puisi yang berurutan mengikut susunan abjad. Contoh: Aku kembali Bawa rasa duka Cuma dengan rindu Duka mencucuk jiwa Entah di mana Fahamku tidak keruan Gugur bak gerimis Hingga basah di rumput diri. (Sumber : sajak Menunggu Waktu karya Arbak Othman (2017) |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. Bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contohnya, 'benci tetapi rindu'. |
tulang daing | tulang daing | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Millettia atropurpurae, dan juga nama lain bagi genus Millettia daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jenerek, urat rusa, dan kayu rindu, di Sarawak ialah kedang belum. Spesies utama kayu ini termasuk Millettia al-biflora, M. atropurpurea, dan M.vasta. Gubal kayu kayu daing sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat jingga dan kadangkal mempunyai zon parenkima yang berwarna lebih muda. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana terdapat banyak parenkima, dengan ira yang simpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini sukar dikerjakan, tidak tahan, dan mudah diserang kulat dan serangga. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan dalaman, perabot, dan kotak. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
persiflage | kata senda | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
local colour | warna tempatan; warna lokal | Kesusasteraan | Puisi | Segala pencitraan dalam puisi terutamanya pemakaian bahasa dan penggunaan unsur alam yang bersifat tempatan. Dengan kata lain, tiada pengaruh dan penggunaan unsur dari luar wilayah atau negara. Contohnya, "Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu" dalam kumpulan pantun Era karya Kemala. Kinabalu Kinabalu kutatang rindu aneh itu atmacinta bercucuran dari tubuhmu dari sungai rahmat mengalir percintaan syahdu zaman ke zaman |
dominant impression | kesan utama | Kesusasteraan | Puisi | Kesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman! |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
ngintom | rindu dendam | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rindu | kerinduan takanang. | kedayan | |
rindu | perindu panganang; | kedayan | |
rindu | merindu nganang; | kedayan | |
pawah | rindu, merindu: siyen ~ aneaksiyen gak kapuong dia merindui anaknya di kampung. | Melanau Mukah | |
ingau I | rindu (bkn berkeinginan hendak berjumpa, hendak ke kampung, dll); | Melanau Mukah | |
angau II | rindu akan kekasih dlm percintaan, ki sakit angau. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kuriding Bj, Tb | sejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod). | Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kandandiu Mr Td | sejenis tarian hatiku rindu dan merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong. | Kandandiu membawa erti hatiku rindu dan ianya merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong. | Memuja tuhan di Gunung Kinabalu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temeka Ib | ikan tembakul. | Memang benar. Baik juga lawatan bapa tetapi saya masih rindu untuk bermain dengan bunga pedada yang mengembang. Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb daing) Nama biasa bagi pokok dan kayu Millettia atropurpurae dan nama lain bagi ge- nus Millettia daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah jenerek, urat rusa dan kayu rindu, manakala di Sarawak ialah kedang belum. Spesies utama kayu ini termasuk Millettia albiflora, M. atropur - purea dan M. vasta. Gubal kayu tulang daing sukar dibezakan daripada teras kayunya dan biasanya
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rindu-rinduan | [rin.du.rin.duan] | ريندو-ريندوان |
rindu-merindui | [rin.du.me.rin.du.i] | ريندو-مريندوءي |
rindu | [rin.du] | ريندو |
merindu-rindu | [me.rin.du.rin.du] | مريندو-ريندو |
|
Puisi |
---|
|
Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.
Lihat selanjutnya... |
|