Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sayang-sayang kepayang, buah kepayang, Dimakan mabuk sayang, dibuang sayang; Bukan mabuk kepayang, buah kepayang, Mabuk terpandang sayang, wajahmu sayang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang dibawa dari Melaka; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang membuat badan binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang berisi santapan raja; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang menjadi tempat bermanja.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan udang sebarang udang, Udang dapat meniti rakit; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang seberat bumi dan langit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan udang sebarang udang, Udang sungai rasanya sedap; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang tak sampai mataku gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang kami dulang tembaga; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang kami tiada berhingga. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan udang sebarang udang, Udang bernama si udang galah; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang bercinta pantang menyerahKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak mayang perkara mayang, Mayang terbelah tidak bersangga; Banyak sayang perkara sayang, Sayang Allah tidak terhingga,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sarang bukan sebarang sarang, Sarang berisi anak merbah; Sayang bukan sebarang sayang, Sayang ke laki anak mengalah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sarang bukan sebarang sarang, Sarang berisi telur balam; Sayang bukan sebarang sayang, Sayang ke bini tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
     Di sini tempat bergurau sayang.



Lihat selanjutnya...