Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SISYPHUS

Sisyphus ialah pengasas kota Corinth dalam

mitologi Yunani. Dia adalah penipu yang terkenal

yang sanggup memperdayakan dewa-dewa

sekalipun.

UMUM
ADAMS, SAMUEL

Adams,  Samuel (17221803) ialah patriot dan

ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan

terhadap pemerintahan British di tanah jajahan

Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba

menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka

secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat

lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara

keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala

usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan

Perisytiharan Kemerdekaan.

UMUM
SOUTH SEA BUBBLE

South Sea Bubble ialah bencana kewangan

yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun

1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan

pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan

dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan

memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan

memberi rasuah kepada beberapa orang ahli

parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup

mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi

menyebabkan harga saham melambung naik dari

100 paun ke-1000 paun.

UMUM
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (18801912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959.

BAHASAInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
 
sanggup (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan,
Berantonim dengan enggan

2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,

Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan,

Puisi
 

Pucuk kangkung batang jerami,
     Bunga padi di Tanah Daik;
Sudah tak sanggup dengan kami,
     Cari ganti tempat yang baik.



Lihat selanjutnya...