Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Basuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit kaki diajuk duri, Duri mengajuk di tengah padang; Baiklah hati mengenang diri, Dirilah sudah dibuang orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit kaki ditikam tunggul, Tunggul kecil tengah huma; Sakit hati memandang sanggul, Duk gemar pada sekuntum bunga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit kaki ditikam siput, Siput ada dari seberang; Sakit hati rasa nak ikut, Dengar-dengar tunang orang.
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?



Lihat selanjutnya...