Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit kayu berlantai buluh; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit merindu adik yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit dibuat orang peladang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit mengingat abang di seberang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit tempat datuk penghulu; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit berisi tampuk pinang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit terapung di tengah sungai; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit menanggung kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak bukit perkara bukit, Bukit di mana kan dipanjat; Banyak sakit perkara sakit, Sakit bercinta payah dibuat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gagak; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu gilakan talak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gajah; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu jandanya nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit tahan mematah parang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit makan buah terlarang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit dapat pengganti pisau; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit melihat laki merayau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?



Lihat selanjutnya...