Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ANJING PANDU

Anjing pandu ialah anjing yang dilatih khas untuk

memandu orang buta atau untuk menyedarkan

orang rosak pendengaran terhadap bunyi yang

penting. Anjing yang memandu orang buta

dinamakan anjing pandu atau anjing melihat, dan

anjing yang membantu orang rosak pendengaran

dinamakan anjing mendengar atau anjing telinga

mendengar.

UMUM
PENEBUSGUNAANProses menjadikan kawasan yang telah rosak boleh digunakan semula bagi tujuan yang produktif.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SESUNGUT

Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah

rosak di kepala hampir semua serangga dan

kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga,

lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang

sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam,

mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan

saudaranya tidak mempunyai sesungut.

UMUM
PERTUMBUHAN SEMULA

Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan

bahagian yang hilang atau yang rosak dengan

tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula

selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika

pohon atau pokok renek dicantas berhampiran

dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh

daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span,

snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa

pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh

dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh

tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman

boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam,

dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar,

mata, dan kaki yang baru.

UMUM
ASAH GIGI

Satu cara tradisional untuk mencantikkan gigi.  Salah satu tujuan asah gigi ini adalah untuk mencegah gigi daripada rosak. 

BUDAYAAlat/Alatan
TERAPI GEN

Terapi gen ialah satu teknik untuk merawat

penyakit dengan membekalkan gen (unit baka)

normal kepada sel badan pesakit untuk

menggantikan gen yang rosak atau tiada. Teknik

tersebut membolehkan doktor memperbaiki

kerosakan di dalam sel pesakit atau mengarahkan

sel melaksanakan fungsi yang baru.

UMUM
PALEOGRAFI

Paleografi ialah kajian tentang tulisan Zaman Purba

dan Zaman Pertengahan. Ia terutamanya berkenaan

dengan tulisan pada bahan mudah rosak, seperti

papirus, kertas kulit atau kertas.

UMUM
PERKAKAS PNEUMATIK

Perkakas pneumatik ialah sejenis peralatan

kuasa yang digerakkan oleh pemampat udara. Ia

mempunyai pelbagai kegunaan. Contohnya, ia

digunakan oleh doktor gigi untuk membuang

bahagian gigi yang telah rosak. Mekanik kereta

menggunakan perengkuh pneumatik untuk

mengetatkan bolt dan nat manakala pekerja binaan

menggunakan tukul pneumatik untuk memecahkan

sesuatu permukaan.

UMUM
DEBAKEY, MICHAEL ELLIS

DeBakey, Michael Ellis (1908 ), pakar

bedah Amerika yang menjadi terkenal kerana

usahanya mengkaji jantung dan juga

sumbangannya terhadap teknik yang digunakan

untuk menggantikan pembuluh darah yang rosak

termasuk pembedahan pintasan koronari.

UMUM
MILDEW

Mildew ialah kulat yang menyerang tumbuh-tumbuhan

dan sesetengah keluaran yang dibuat

daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Namanya

berasal daripada perkataan Inggeris Pertengahan,

mealdew, yang bermakna makanan yang telah rosak.

Terdapat dua kumpulan utama yang merosakkan

tumbuh-tumbuhan yang berguna: mildew serbuk

dan mildew gebu.

UMUM
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Puisi
 

Nasi masak sayur pun masak,
     Turun ke tanah memetik lada;
Hati rosak jantungku rosak,
     Rasa bekah dalam dada.



Lihat selanjutnya...