Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Puisi
 

Nasi masak sayur pun masak,
     Turun ke tanah memetik lada;
Hati rosak jantungku rosak,
     Rasa bekah dalam dada.



Lihat selanjutnya...