Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Takrif

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rosak bawang ditimpa jambak.

Takrif

Menjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rosak anak oleh menantu.

Takrif

Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar titik, jangan tumpah.

Takrif

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Takrif

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Takrif

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.

Takrif

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.

Takrif

Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Potong hidung rosak muka.

Takrif

Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.

Takrif

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Puisi
 

Nasi masak sayur pun masak,
     Turun ke tanah memetik lada;
Hati rosak jantungku rosak,
     Rasa bekah dalam dada.



Lihat selanjutnya...