Kata |
Takrif |
Sumber |
reput | buruk atau lapuk (bkn kayu, kain dll): ~ relai hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). mereput menjadi reput. mereputkan menyebabkan menjadi reput: Hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati. reputan benda yg reput. pereputan perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. | Kamus Pelajar |
reput | buruk atau lapuk (bkn kayu, kain dll): ~ relai hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). ~ fros kerosakan teruk atau kemusnahan pd tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg mungkin dialami oleh pendaki gunung). mereput menjadi reput. mereputkan menyebabkan menjadi reput: Hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati. reputan benda yg reput. pereputan perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reput | buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tanggal segala bahagian yg lembut dan isi batangnya; ~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); mereput menjadi reput; mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati; reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; kereputan perihal (keadaan) reput; pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reput fros | kerosakan teruk atau kemusnahan pd tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg mungkin dialami oleh pendaki gunung). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reput relai | hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reput relai | rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reput fros | kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reput relai | rosak berpisah-pisah (kerana lapuk atau buruk); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompos I | baja drpd bahan-bahan organik spt daun, kayu, tahi binatang, dll yg telah reput; mengompos bertukar menjadi kompos: lama-kelamaan ranting-ranting dan daun itu akan reput dan ~; pengomposan proses menghasilkan kompos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mereput | menjadi reput. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
frost-bitten | adj reput /fros, ibun/: his toes were ~, jari-jari kakinya reput fros. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frost-bite | n reput /fros, ibun/: two members of the expedition suffered ~, dua anggota ekspedisi itu kena reput fros. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decompose | vi 1. disintegrate, mengurai: calcium carbonate ~s when strongly heated, kalsium karbonat mengurai apabila dipanaskan dgn kuat; 2. decay, reput: the corpse ~d rapidly, mayat itu reput dgn cepat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dry rot | n reput kering. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
brown rot | n reput perang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
foot-rot | n (penyakit) reput kaki. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
carrion | n daging bangkai yg reput. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decayed | adj rotten, (of leaf, wood), (sudah) reput; (of meat, fruit, vegetable), (sudah) busuk; (of tooth), (sudah) rosak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decomposed | adj 1. disintegrated, terurai; 2. decayed, (sudah) reput. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
break | ~ down, a. separate into component/s, dapat dibahagikan terbagi; (tech) mengurai: the budget for the project ~s down into wages, material and printing costs, anggaran belanjawan projek itu terbagi kpd gaji, perbelanjaan bahan dan kos cetak; water ~s down into hydrogen and oxygen, air mengurai menjadi hidrogen dan oksigen; b. undergo decomposition, reput, terurai: after a time, the fallen leaves and grass-cuttings will ~ down into compost, sesudah beberapa lama, daun-daun yg luruh dan keratan-keratan rumput akan reput menjadi kompos; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dry rot | reput kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik. |
stem rot | reput batang | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
black rot | reput hitam | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
collar rot | reput kolar | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
wet rot | reput-basah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
dry rot | reput-kering | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
detritus | detritus | Perikanan | Akuakultur | Bahan organik yang reput di dasar ekosistem akuatik. Secara umumnya, detritus mengandungi mikroorganisma yang berperanan sebagai pengurai bahan organik tersebut. |
aggradation | agradasi | Sains Marin | Tiada | Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai yang disebabkan oleh longgokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. |
vibriosis | vibriosis | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan laut yang disebabkan oleh pelbagai bakteria daripada famili Vibrionaceae. Ikan yang dijangkiti vibriosis menyebabkan ikan mengalami kemerah-merahan pada badan, luka serta reput di bahagian sirip dan ekor. |
deposit feeder | pemakan endapan | Sains Marin | Tiada | Organisma yang mendapat nutrisi dengan memakan lapisan tipis permukaan sedimen. Lapisan tipis ini kaya dengan nutrien kerana mengandungi detritus, bakteria, serpihan bahan organik separa reput dan organisma mikroskopik seperti diatom dan sebagainya. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
embotor | ulat rumbia atau di batang pokok kelapa yang reput | - | - | - | - | - | Fauna | Bajau -> Bajau Tuaran |
kabou tiang | ketam monyet/ ketam berbulu yang hidup di dalam kayu reput | - | - | - | - | - | Fauna | Bajau -> Bajau Tuaran |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
reput | lapor | TETAW | |
reput | madam [madam] | Melanau Dalat | |
reput | lapor; | Melanau Mukah | |
mebek I | reput: ~ nulik ngak paut puem lubeang nyaem reput sebab sudah lama berendam dlm air. | Melanau Mukah | |
maram | reput | TETAW | |
lapor | reput [rput] | Melanau Dalat | |
muok | reput; | Melanau Mukah | |
tegak | tanah atau batang reput yg dianggap berpuaka dan boleh menyebabkan orang jatuh sakit apabila melintasinya menurut kepercayaan lama MM. | Melanau Mukah | |
lap II | bahagian pangkal pelepah reput yg masih melekat pd ruyung rumbia; | Melanau Mukah | |
buwuih, mebuwuih | membuang pangkal pelepah rumbia yg reput dr ruyungnya. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
sokot Bd | sejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan siet oleh masyarakat Melanau) | Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penduk Ib | sejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh di hutan berpaya, kulitnya boleh dibuat tali, batangnya ringan dan mudah reput. | Binatang dan burung memang masih banyak dan mudah didapati di kawasan tersebut. Kawasan itu selalu dikunjungi oleh para pemburu, penangkap ikan dan penyumpit burung. Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb Antigen atau ampaian sel yang digunakan untuk melakukan ujian peng- aglutinan. (BIO, UBAT) aggradation (agradasi) Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan long- gokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. (HID, HUT) aggregate-cement ratio (nisbah agregat simen) Nisbah berat agregat, iaitu berat pasir dan batu dibandingkan dengan berat simen yang digunakan dalam campuran konkrit. Nisbah agregat simen juga merupakan biopemangkin) Bahan pemangkin yang berasal daripada sumber hidup seperti enzim dan sel. (BIO) biochemical oxygen demand (permintaan oksigen biokimia) Indeks pencemaran air yang menunjukkan kandungan bahan dalam air yang boleh reput secara biokimia. Singkatan BOD. (HID) biocide (biosid) Bahan yang dicampurkan atau disemburkan ke atas plastik untuk mengelakkan daripada penguraian dan degradasi yang disebabkan oleh organisma semula jadi seperti kulat dan
|
Kamus Thai 2.indb ้ วยโคลน Kereta saya berlumur dengan lumpur. = แปดเปื้ อน เปื ่ อย [pay] ว 1 (อาหารต ้ ม) empuk 2 (แผล) buruk 3 (เสื้ อผ ้ า ไม ้ กระดาษ) reput แป [pε:] น alang แป ้ ง [pε:] น 1 (อาหาร) tepung 2 (เครื่ อง สำอาง) bedak แป ้ งข ้ าวหมาก [-ka:wma:k] น ragi แป ้ dua bidang tanah b (ผ ้ าที่ เย็บแล ้ ว) helai: ผ ้ าโสร ่ งสามผืน tiga helai kain pelikat ผื ่ น [p:n] ดู ผด ผุ [pu] ว reput ผุด [put] ก timbul: ตอเหล ่ านั้ นผุดเมื่ อน ้ ำ ในแม ่ น ้ ำลด Tunggul-tunggul kayu itu timbul ketika air sungai surut. ผุดผ ่ อง [-p:
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
reput | [re.put] | رڤوت |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
reput | decay | Perihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
reput | decay | Keadaan sesuatu organisma yang hancur atau musnah secara semula jadi. | Sekolah Rendah |
tanah gambut | peat soil | Tanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput dan banyak mengandungi karbon. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
baja asli | natural fertilizer | Baja yang dihasilkan daripada najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang sudah reput. Contohnya, baja kompos. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kulapuk | mould | Sejenis kulat yang menyebabkan pertumbuhan bulu halus di permukaan makanan atau pada tumbuh-tumbuhan yang lembap dan reput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kulat | fungus | Tumbuh-tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil. Kulat tumbuh pada tumbuh-tumbuhan lain atau pada objek yang telah reput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| reput (adjektif) | Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;, | | Kata Terbitan : kereputan, pereputan, |
|
|