Kata |
Takrif |
Sumber |
luluh hawa | (Geog) luluh oleh tindakan hawa; meluluh hawa meluluhkan dgn tindakan hawa: batu asal di permukaan bumi ini pd mulanya diluluh hawa dan dihakis oleh agen tertentu spt air, angin, dan glasier; peluluhhawaan perihal (tindakan dsb) meluluh hawa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luluh hawa | proses hakisan atau peluluhan batu-batan yg disebabkan oleh keadaan iklim (angin, hujan, cahaya matahari dsb) setempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luluh lantak | hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luluh | 1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. = hancur ~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu; meluluhkan menghancurkan, meremukkan; luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu; peluluhan (Geog) perihal meluluhkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luluh | 1 hancur menjadi serbuk; rosak binasa; remuk: Gelas yg cantik itu hancur ~ setelah terhempas pd batu. 2 = hancur ~ sangat sedih; remuk-redam (bkn perasaan hati): Hancur ~ rasa hatinya setelah ia ditinggalkan oleh suaminya. meluluhkan menghancurkan sesuatu sehingga menjadi serbuk. luluhan sesuatu yg luluh. peluluhan hal (perbuatan dsb) menjadi luluh atau meluluhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
remuk | = ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai, ~; kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur luluh rasa hati, sedih sekali; meremukkan, meremuk-redamkan menghancurkan, merosakkan: tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~ hatinya; keremukan perihal atau keadaan remuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerna | 1 hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2 ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur: Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). ketercernaan keadaan tercerna. pencernaan 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). pencerna sesuatu yg mencernakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hancur luluh | sangat sedih; remuk-redam (bkn perasaan hati): Hancur ~ rasa hatinya setelah ia ditinggalkan oleh suaminya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hancur luluh | ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hancur luluh | hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
disintegrate | vi 1. hancur /bersepai, berkecai/, hancur, luluh: the rocket ~d before our very eyes, roket itu hancur berkecai di hadapan mata kami; 2. (fig.) berkecai: the party ~d after the death of its leader, parti itu berkecai selepas kematian pemimpinnya; their marriage ~d after only a few years, perkahwinan mereka berkecai selepas beberapa tahun sahaja; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
break | under the eroding action of the water, the rocks gradually ~ down and the resultant silt is carried downstream, akibat hakisan air, lama kelamaan batu-batu itu luluh dan kelodak yg terjadi daripadanya mengalir ke muara; c. (of machine, car, etc) become inoperative, rosak: two of the eight lifts broke down, dua drpd lapan lif itu rosak; d. be severed, terputus: the electricity supply broke down, bekalan elektrik terputus; communications with the capital have broken down, perhubungan dgn ibu negara telah terputus; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
devastate | vt 1. damage badly, ruin, memusnahkan, membinasakan: floods ~d the whole village, banjir telah memusnahkan seluruh kampung itu; 2. (colloq), (usu pass.) overwhelm, a. (with shock) terkejut besar: she was ~d by the news, dia terkejut besar mendengar berita itu; b. (with grief) hancur luluh: she was ~ed by his betrayal, hatinya hancur luluh disebabkan pengkhianatan lelaki itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intent | adj 1. fixed, tajam: an ~ gaze, renungan tajam; 2. absorbed, engrossed, asyik, khusyuk; (of face) kelihatan penuh khusyuk: the students were all ~ on their work, penuntut-penuntut itu semuanya asyik dgn kerja masing-masing; her heart melted as she looked down at their ~ little faces, hatinya luluh apabila direnungnya muka-muka kecil yg kelihatan penuh khusyuk itu; 3. exhibiting eager attention, kelihatan penuh minat: there was an ~ look on his face as he watched the scoreboard, wajahnya kelihatan penuh minat semasa dia memperhatikan papan mata itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
break | 5. scatter, disintegrate, bercerai-berai, berpecah-pecah: the unit broke under the attack, pasukan itu bercerai-berai akibat serangan; 6. separate, lerai: the boxers broke at the referees order, dua orang ahli tinju itu lerai atas perintah pengadil; 7. recess, berehat: lets ~ for ten minutes, mari berehat sepuluh minit; 8. become free, see ~ away; 9. (of heart) hancur(-luluh, -lebur), remuk(-redam): her heart broke when her husband died, hatinya hancur-lebur apabila suaminya meninggal dunia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pick 1 | (ter)nampak sst: in glancing through my work, I ~ed up a few errors, sambil melihat kerja saya sepintas lalu, saya ternampak beberapa kesilapan; ~ up the pieces, berusaha memulihkan keadaan: the damage was so considerable after the fire that even today the people of the town are still trying to ~ up the pieces, kerosakan terlalu banyak selepas kebakaran itu dan hingga hari ini orang-orang di bandar tersebut masih mencuba utk memulihkan keadaan; she was devastated by her fathers death, and is still trying to ~ up the pieces of her life, hatinya hancur luluh krn kematian bapanya dan dia masih mencuba memulihkan keadaan hidupnya; ~ up speed, /bertambah, semakin/ laju: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
disintegrate | luluh | Tiada | luluh | Pertanian |
landscape weathering | kelapukan lanskap | luluh hawa lanskap | luluh hawa landskap | Pertanian |
yield | luluh | Tiada | alah | Kejuruteraan |
immunocompromised | luluh imun | terimunokompromi | terimunokompromi | Perubatan |
yield point | titik luluh | Tiada | takat alah; titik alah | Fizik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
credit crunch | luluh kredit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
landscape weathering | luluh hawa landskap | Landskap | Tiada | Perubahan landskap yang berlaku akibat faktor-faktor alam Semula jadi seperti hakisan air dan angin , perubahan suhu dan sebagainya. Contohnya, perubahan daripada batu gunung kepada batu sungai dan seterusnya kepada pasir sungai. |
leach resistance | rintangan luluh larut | Kejuruteraan | Tiada | Sifat kaca yang khusus dibina untuk menyimpan sisa bahan radioaktif. |
chopping-leaching process | proses potong luluh-larut | Kejuruteraan | Tiada | Proses memotong dan melarut unsur bahan api terpakai menggunakan asid nitrik. |
chop and leach process | proses potong luluh-larut | Kejuruteraan | Tiada | Proses memotong dan melarut unsur bahan api terpakai menggunakan asid nitrik. |
sediment | mendak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pecahan daripada batu dan galian yang pejal hasil luluh bawa dan dibawa oleh air atau udara yang membentuk permukaan bumi. Mendapan juga boleh terbentuk hasil pemendakan tindakan kimia atau organisma. Sinonim mendapan. |
tenacity | kelekatan | Biologi | Patologi | Kemampuan yang diukur dari segi lamanya sesuatu bahan (misalnya pestisid) melekat pada permukaan sesuatu benda (misalnya tumbuhan) terhadap luluh hawa. lih. indeks kelekatan. |
disintegration | penyepaian | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses yang melibatkan pecahan atau relaian butir-butir batuan disebabkan faktor semula jadi seperti luluh hawa dan bukan semula jadi dilakukan oleh manusia. Hasil sisa penyepaian ini boleh digunakan sebagai peralatan bersesuaian dengan bentuk dan fungsi. Bentuk yang kerap ditemui adalah untuk tujuan pemotongan. Artifak daripada penyepaian ini biasanya berbentuk kecil dan tajam pada bahagian tertentu. |
half life | separuh hayat | Farmasi | Farmakologi | 1. Masa yang diperlukan untuk sesuatu bahan hilang separuh daripada nilai atau kuantiti asalnya, khususnya masa bagi separuh atom dalam sesuatu bahan radioaktif untuk luluh. 2. Masa yang diperlukan bagi membolehk:an separuh daripada kuantiti sesuatu drug atau bahan yang disimpan elidalam tubuh dimetabolismekan atau disingkirkan oleh proses biologi normal. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
luluh | luloh. | kedayan | |
menyuoh | larut, lebur, luluh; 1 hancur (bkn gula dlm air dll): sia legah ~ lubeang nyaem dudak garam cepat larut dlm air panas; 2 hancur ( bkn logam dll): timah ~ buyak apui timah lebur kena api; 3 hancur menjadi serbuk, remuk: baleak seak ~ tipeak pisang masak re | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
luluh | [luluh] | لولوه |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh.
Lihat selanjutnya... |
|