Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Laut dan darat sama dipakai; Adat faham lembaga terang, Patut sifat mulia perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Besar dan kecil dikandungnya; Adat faham lembaga terang, Benar dan adil jadi payungnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bergaul dengan berbaik sangka; Adat faham lembaga terang, Betul berkawan baik bersaudara.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bergaul sopan berbaik laku; Adat faham lembaga terang, Memikul beban tiada malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bersopan santun sesama umat; Adat faham pusaka terang, Kawan dituntun saudara diingat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bergaul tidak membilang suku; Adat faham pusaka terang, Betul tegak terbilang laku.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
resam (kata nama)
1. Bersinonim dengan kebiasaan: kelaziman, adat, istiadat, amalan, adab, hukum, lembaga, peraturan, tradisi, upacara, prosedur, tatacara, tatasusila, tatatertib,

2. Bersinonim dengan resmi: pembawaan, sifat, tabiat, kebiasaan, perangai, kelakuan.,


Puisi
 

Sepuluh hari di Teluk Ramunia,
     Orang bertandak di atas tanah;
Sudah menjadi resam dunia,
     Di mana bengkak di situ menanah.



Lihat selanjutnya...