Kata |
Takrif |
Sumber |
kelaziman | 1 sesuatu yg sudah lazim; kebiasan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2 keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelaziman | sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelaziman | 1. sesuatu yg sudah lazim; kebiasaan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2. keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. | Kamus Pelajar |
rutin | 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelumrahan | kebiasaan, kelaziman: adalah menjadi ~ utk negara dr dunia kini mempunyai rancangan pembangunan masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keghaliban | kebiasaan, kelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wiritan | bp amalan, kelaziman, kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wirit | ; wiritan bp amalan, kelaziman, kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membudaya | menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formaliti | tindakan (langkah dsb) yg perlu dipatuhi mengikut peraturan (kelaziman) yg telah ditetapkan: borang permohonan itu hendaklah diserahkan kpd majikan sbg suatu ~ bagi setiap pemohon pekerjaan baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
customary | adj 1. usual, (sudah) menjadi /kelaziman, kebiasaan/: it is ~ to visit relatives at Christmas, sudah menjadi kelaziman mengunjungi saudara-mara pd Hari Krismas; 2. (leg.) adat: ~ laws, undang-undang adat; 3. habitual, spt biasa: he displayed his ~ bad temper, dia menunjukkan sifat perengusnya yg spt biasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
emancipated | adj bebas: ~ people ignoring outdated social conventions, orang bebas yg tdk menghiraukan kelaziman sosial yg lapuk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
course | ~ of action, tindakan: to take a certain ~ of action, mengambil tindakan tertentu; as a matter of ~, sudah menjadi satu kelaziman; in due ~, apabila tiba /waktunya, masanya/: we will communicate with you in due ~, kami akan menghubungi anda apabila tiba waktunya; in the ~ of, a. (a year, a week, etc) dlm masa (setahun, seminggu, dll); b. (conversation, discussion, etc) semasa [perbualan, perbincangan, dsb]; in the ~ of construction, dlm proses pembinaan; in the ~ of time, lama-kelamaan, lambat-laun: in the ~ of time he became a famous painter, lama-kelamaan dia menjadi pelukis terkenal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
custom | n 1. tradition of a society, adat (resam): local ~s, adat resam tempatan; to study the manners and ~s of the aboriginal people, mengkaji adab sopan dan adat resam orang-orang asli; 2. habitual practice, kebiasaan, kelaziman: it is the ~ in our family to celebrate birthdays and anniversaries, sudah menjadi kelaziman dlm keluarga kami merayakan hari lahir dan hari ulang tahun; 3. patronage, langganan: she withdrew her ~ and shopped elsewhere, dia menarik balik langganannya dan membeli di tempat lain. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
convention | n 1. large assembly, konvensyen: a publishers ~, konvensyen penerbit; an economic ~, konvensyen ekonomi; 2. international agreement, konvensyen: the Geneva C~, Konvensyen Geneva; the Hague C~, Konvensyen Hague; Copyright C~, Konvensyen Hak Cipta; 3. custom, adat kebiasaan, (adat) resam: social ~s, resam masyarakat; to defy ~, menentang adat kebiasaan; be a slave to ~, menjadi hamba kpd adat kebiasaan; 4. (liter.) konvensi, kelaziman; 5. (ling) kebiasaan, kelaziman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
groove | n 1. long narrow cut in hard surface, alur: it is difficult to fit a sliding door back into its ~, sukar hendak memasukkan balik pintu gelangsar ke dlm alurnya; the gramophone needle is stuck in the ~ of the record, jarum gramofon itu terlekat pd alur piring hitam; 2. accustomed routine, kebiasaan, kelaziman: when one gets into a particular ~, it is difficult to change, apabila kita menjadikan sst sbg kebiasaan, agak susah utk mengubahnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
reference mark | tanda rujukan | Kesusasteraan | Tiada | Tanda yang biasanya merujuk kelaziman atau nombor yang ditempatkan dalam teks untuk menunjukkan nota kaki atau kekunci kepada perkara yang sama di muka surat yang lain. |
pattern recognition | pengecaman corak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembelajaran mesin yang mengecam corak dan kelaziman dalam data. Kaedah ini biasanya diaplikasikan dalam analisis data statistik, pemprosesan isyarat, analisis imej, penjejakan maklumat bioinformatik, pemampatan data dan perkomputeran grafik. |
dramatic convension | konvensi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku. |
avant-garde | avant-garde | Kesusasteraan | Puisi | Puisi atau karya yang menunjukkan pembaharuan dalam gaya dan persoalan yang dikemukakan. Umumnya puisi atau karya tersebut bercirikan pendekatan yang menyimpang daripada kelaziman. Contohnya, puisi "Exodus" karya Latiff Mohidin. |
estrangement | penganehan | Kesusasteraan | Tiada | Strategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya Art as Technique, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul Tan Sri Bulan. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut. |
binary opposition | tentangan binari | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
isian Bj | ilmu batin. | Sudah menjadi kelaziman di daerahnya bahawa setiap gadis atau teruna akan diisikan dengan berbagai-bagai isian penjaga diri. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kelaziman | [ke.la.zi.man] | کلازيمن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelaziman |
|
|