Kata |
Takrif |
Sumber |
tatasusila | adat sopan santun dan budi pekerti yg baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tatasusila | adat sopan santun dan budi pekerti yg baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatasusila | adat sopan santun dan budi pekerti yg baik. | Kamus Pelajar |
pendisiplinan | perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengetepian | perihal atau perbuatan mengetepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceroboh I | 1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina; menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (seseorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, mencabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki kawasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak mengganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun; kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan); pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merakyatkan | menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesopanan | 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sopan santun | 1. sikap lemah lembut, baik budi pekerti, beradab, hormat dsb: ia menjadi bertambah indah apabila dikaitkan dgn kehalusan dan ~ wanita; jaga ~ anda ketika menghadiri temu duga; 2. adat istiadat yg baik, tatasusila: takkanlah dia tidak mengetahui ~ kehidupan orang Islam; bersopan santun mempunyai atau menunjukkan sopan santun, berkelakuan sopan: orangnya kecil molek dan ~; sejak kecil lagi, anak-anak harus diajar ~ dan berdisplin; kesopansantunan hal yg berkaitan dgn sikap (sifat, tutur kata, tingkah laku dsb) yg bersopan santun: terselit nilai keislaman dan ~ dlm berbahasa dan juga dlm penyelesaian masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakyat | 1 seluruh penduduk sesebuah negara: ~ Malaysia. 2 orang kebanyakan; orang biasa: balai ~. 3 pasukan perang; bala tentera: Baginda berangkat diiringi seluruh ~, lengkap dgn senjatanya. ~ jelata rakyat biasa. merakyatkan menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. kerakyatan 1 segala sesuatu mengenai rakyat. 2 kewarganegaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
faux pas | n (sst) yg melanggar /adat, tatasusila/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
aberration | n penyimpangan, aberasi: an ~ from the norms of behaviour, penyimpangan drpd norma-norma tatasusila. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ethical | adj 1. of morals, etika: an ~ problem, masalah etika; 2. morally right, /menurut, mengikut/ / etika, tatasusila/: he refused to do it because he felt it was not ~, dia enggan melakukannya krn dia berasa itu tdk mengikut etika. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
canon | n 1. established law of church, hukum gereja; 2. (fml) generally accepted rules, principles of behaviour, taste, etc, prinsip, peraturan: according to the ~s of good conduct, menurut prinsip-prinsip tatasusila; 3. list or collection of authentic writings of a certain author, daftar karya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decency | n 1. propriety, kesopanan: an act that violates ~, satu perbuatan yg melanggar kesopanan; should have the ~ to, sepatutnya: he should have had the ~ to tell his parents where he was going, sepatutnya dia beritahu ibu bapanya ke mana dia hendak pergi; 2. (in pl) social conventions, tatasusila, kesusilaan: to observe the common decencies, mematuhi tatasusila yg lazim. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
close | ~ by, berhampiran, berdekatan; ~ / on, upon/, almost, hampir: he was ~ on eighty, umurnya hampir lapan puluh tahun; ~ to, at only a short distance from, berhampiran dgn, dekat dgn: she sat ~ to me, dia duduk dekat dgn saya; they live ~ to the post office, mereka tinggal berhampiran dgn pejabat pos; ~ to home, hampir mengenai sasaran; ~ together, dekat-dekat: to stand ~ together, berdiri dekat-dekat; come ~ to, almost, hampir(-hampir): she came ~ to losing her job, dia hampir-hampir dibuang kerja; sail ~ to the wind, a. belayar menyongsong angin; b. (fig.) hampir melanggar tatasusila: he sails ~ to the wind in his criticism of the government, dia hampir melanggar tatasusila dlm kritikannya thdp kerajaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tatasusila | [ta.ta.su.si.la] | تاتاسوسيلا |
|
|