Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
IKAN PUTIHIkan putih ialah nama sekumpulan ikan yang
hidup di air tawar. Ikan putih terdapat di banyak
tasik dan anak sungai di kawasan utara Eropah,
Asia, dan Amerika Utara.
UMUMUmum
JINTAN PUTIHUMUM
KERTAS PUTIHUMUM
LOBAK PUTIHUMUM
LAUT PUTIHUMUM
PUTIH

Putih lihat Warna.

UMUM
MULATO

Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit

putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan

terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa

yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit

hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan

orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza

dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit

yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya

tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan

istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang

kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau

Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk;

gambar).

UMUM
SAWI PUTIH

Sawi putih ialah sayur bak kubis yang telah

ditanam di negara China sejak tahun 400-an M.

Ia mempunyai daun yang lebar dan tebal yang

membentuk kepala yang panjang dan berbentuk

silinder. Sesetengah jenis, seperti pak choi

mempunyai kepala yang tercerai dan terbuka.

Yang lainnya, seperti michihli dan wong bak

mempunyai kepala yang lebih padat.

UMUM
SWEDE

Swede ialah tumbuhan yang akarnya boleh

dimakan yang rasanya seperti lobak putih. Ia juga

dinamakan rutabaga dan lobak putih Rusia. Swede

lebih keras daripada lobak putih, dan biasanya

dituai pada akhir tahun. Akarnya yang berwarna

kuning kaya dengan vitamin dan mineral. Ia

dimakan rebus atau dibakar. Daunnya yang

berwarna hijau-biru juga boleh dimakan.

Pengelasan saintifik. Swede tergolong dalam famili

mustard, Cruciferae (Brassicaceae). Ia adalah Brassica

napobrassica.

UMUM
KUDA PUTIH

Kuda putih ialah figura yang dipahat pada

lereng bukit kapur di beberapa kawasan di

Britain.

UMUM
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Kain putih disesah putih,
     Tengah bersesah sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Tengah kasih bencana datang.



Lihat selanjutnya...