Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.

Takrif

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.

Takrif

Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.

Takrif

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah.

Takrif

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.

Takrif

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih seperti kapas dibusar.

Takrif

Putih bersih; amat putih. busar = busur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

Takrif

Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.

Takrif

Sesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Takrif

Menanggung rindu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih di luar, kuning di dalam.

Takrif

Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepat di luar, pancung [= rancung] di dalam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Kain putih disesah putih,
     Tengah bersesah sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Tengah kasih bencana datang.



Lihat selanjutnya...