Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Putih kain putih bajuku, Putih dicuci embun salji; Jika kekasih bohongi daku, Putus kasih terlerai janji.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain putih disesah putih, Tengah bersesah sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain putih dicuci putih, Tengah mencuci sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Setengah kasih bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Bawa pergi sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Bagai budak tidak semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Tengah membasuh sabunnya hilang; Aku kasih ia pun kasih, Tengah berkasih ianya melayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putih pauh baru kan besar, Entahkan bila berbunga lagi; Adik menjauh hati berdebar, Entahkan bila bersama lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Putih pandai menjemur sisir, Sisir dijemur di atas padang; Gunung emas saya tak mungkir, Lewat sudah dipotong orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Kain putih disesah putih,
     Tengah bersesah sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Tengah kasih bencana datang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...