Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
cholesterolLemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel.
macrophageSel di dalam tisu yang terdiri daripada sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai monosit. Sel ini bertindak dalam sistem pertahanan khusus dan tak khusus haiwan vertebrata yang fungsinya adalah untuk memerangkap dan menghadam patogen, sama ada sebagai sel bergerak ataupun sel pegun.
aragoniteBahan galian kalsium karbonat (CaCO3) yang berbentuk hablur ortorombus. Hablur ini berwarna putih, ungu pucat, biru muda, kuning muda ataupun tidak berwarna. Bahan ini merupakan lapisan nipis dalam proses biopenggalian sel moluska.
albuminProtein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan.
collagenSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
leucocyteSel darah tanpa pigmen yang mempunyai satu nukleus dan sitoplasma berbentuk sfera dengan diameter 8 mikrometer - 15 mikrometer. Sel ini merupakan sistem ketahanan tubuh daripada serangan penyakit. Darah normal mengandungi 5000 - 10000 leukosit per mm3. Sinonim sel darah putih.
1
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Kain putih disesah putih,
     Tengah bersesah sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Tengah kasih bencana datang.



Lihat selanjutnya...