Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, Aakah terjemahan yang sesuai untuk "whiteheads"? Adakah terjamahan "jerawat putih" atau "bintik putih" disarankan? "whiteheads" ialah masalah pada wajah. Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Jika istilah white head dirujuk dalam bidang Pentadbiran perniagaan membawa maksud bintik putih. Bintik putih ialah nodul kecil berwarna putih pada kulit khususnya muka, merupakan kelompok keratin bulat yang terdapat betul-betul di bawah epidermis dengan diameter sehingga 4 cm. | Makna | 27.09.2017 |
'saya ada seekor kucing.ia berwarna hitam.saya menamai kucing saya si putih.saya sayangkan si putih.' -mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. | (Persoalan: Kenapa menamakan kucing yang hitam sebagai Putih?) Saya ada seekor kucing. Warna kucing saya hitam tetapi saya menamainya Si Putih. Saya sayang akan Si Putih. Sayangkan untuk lisan. Untuk tulisan rasmi sayang akan. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
tolong jelaskan kepada saya tentang konsep pembentukan kata dan jenis pembentukan kata. | Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. COntoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. | Tatabahasa | 22.02.2010 |
-MENGAPAKAH PROSES PEMAJMUKAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PEMAJMUKAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ? | Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. Tidak ada kaedah yang dapat menentukan pemajmukan yang mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 29.01.2017 |
JALAN PELANDUK PUTIH 1 | Sila kemukakan soalan atau pertanyaan berkaitan. | Lain-lain | 18.02.2020 |
Salam, antara berikut, yang manakah betul? 1. Menulis di atas kertas 2. Menulis pada kertas 3. Cikgu Nora menulis pada papan putih. 4. Cikgu Nora menulis di atas papan putih. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "menulis pada kertas" dan "menulis pada papan putih", kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "berdarah putih bertulang tunggal" dalam ayat contoh ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Petikan tersebut terdapat dalam teks sastera. Penggunaan bahasa klasik dalam ayat iaitu berdarah putih bertulang tunggal bermaksud mempunyai darah putih dan tulang yang satu. | Sastera | 20.08.2013 |
Minta huraikan binaan ayat berikut; Putih bajunya. Terima kasih. | "Putih" ialah kata adjektif (kata sifat) baju menerangkan warna baju yang dipakai oleh "nya". Manakala "bajunya" menerangkan kata "baju" iaitu kata nama .
| Makna | 31.03.2013 |
Kong Wai berdiri di tepi pantai sambil melihat ombak yang putih. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan putih itu adakah sesuai digantikan dengan perkataan memutih? | Ya, boleh: Kong Wai berdiri di tepi pantai sambil melihat ombak yang memutih. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
|
Tesaurus |
---|
| putih (adjektif) | 1. Dalam konteks warna bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak, Berantonim dengan hitam
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria, Berantonim dengan tercemar
| Kata Terbitan : memutihkan, keputihan, |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih disesah putih, Tengah bersesah sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|