SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLabu putik di Tanjung Jati, Pucuk lengkuas dalam dulang; Baru bertemu kehendak hati, Belum puas ditinggal pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua puluh tiga terendak Cina, Habis sebutir makan api; Biar kita mati bersama, Baru puas di dalam hati. |
|
Tesaurus |
---|
| puas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira,
marem,
2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,
| Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan, |
|
Puisi |
---|
|
Hujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang.
Lihat selanjutnya... |
|