Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Petang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak berembun pergi ke pulau, Datang ke pulau pergi ke tanjung; Lagilah hidup kita bergurau, Sudahlah mati bergolek seorang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalaulah sudah pergi ke paya, Marilah kita pergi ke hulu; Kalau sudah seia sekata, Marilah kita berjumpa ibu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke mana tidak kuikat, Pandan bersangkut dengan durinya; Pergi ke mana tidak kuingat, Tuan yang baik samalah budinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jikalau abang pergi ke seberang, Pergi seberang membeli jambu; Jikalau abang selamat pulang, Jangan adinda ditinggal lalu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina pergi ke Melaka, Pergi dengan sebuah bas; Kalau tuan cintakan saya, Surat saya mengapa tak balas?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Anak Cina pergi ke hutan,
     Pergi ke hutan memburu rusa;
Teras gaharu sangka bukan,
     Salah pandang rosak binasa.



Lihat selanjutnya...