Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali.

Takrif

Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Takrif

Sengaja mencari kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pergi berempap, pulang eban.

Takrif

Tidak kalah dan tidak menang. berempap = berjudi dengan melemparkan wang ke atas; eban = heban (membanting dengan kedua belah tangan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang nampak muka, pergi nampak belakang.

Takrif

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang tampak muka, pulang tampak punggung.

Takrif

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.

Takrif

Patuh menurut perintah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak pergi berotan jangan takut onaknya.

Takrif

Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pergi lepat balik lempeng.

Takrif

Pergi dengan modal yang banyak, balik dengan kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pergi lempeng balik lepat.

Takrif

Pergi dengan modal yang sedikit, balik dengan keuntungan yang banyak. lempeng = penganan yang tipis dan pipih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai si kudung pergi berbelut.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si buta pergi bergajah). berbelut = menangkap belut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...