Kata |
Takrif |
Sumber |
audit dalam | = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn betul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda aras | ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda aras | tanda aras 1. (Tadb) sesuatu (piawai) yg digunakan utk membandingkan prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dgn prestasi atau keluaran organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik mutu atau prestasi organisasi yg berkenaan; 2. (Geog) tanda rujuk yg digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi; penandaarasan perbuatan menentukan tanda aras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
organisasi fail(file organization) | 1. Cara fail disusun dalam storan komputer. 2. Cara rekod atau data disusun dalam fail. | Kamus Komputer |
organisasi penggunaan(application organization) | Struktur organisasi projek yang digunakan dalam kejuruteraan perisian untuk mengumpulkan projek perisian penggunaan yang sama di bawah satu sistem pentadbiran. | Kamus Komputer |
penginstitusian | perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agensi | (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seranta | ; pegawai ~ pegawai yg tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dsb) yg dianggotai-nya dgn orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dsb) yg berkenaan (dgn menyebarkan maklumat dll); penulis ~ penulis yg memberitahukan (hal-hal yg tertentu spt iklan dll) kpd orang ramai; menyerantakan memberitahukan kpd khalayak ramai, memaklumkan, mengumumkan: maka bentara pun menyuruh orang ~ mak-lumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kpd segala daerah Acheh; serantaan yg berkaitan dgn hubungan antara organisasi (institusi dsb) dgn orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
organisasi | kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, tersusun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organisasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg teratur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) mengorganisasikan sesuatu: institusi itu menitikberatkan ~ ilmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
organisasi | susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan, perbadanan dsb dan mempunyai tujuan tertentu. mengorganisasikan menyusun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dsb) sehingga menjadi sebuah organisasi. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
enterprising | adj having, showing enterprise, berdaya usaha: the organization needs ~ young men to help it grow, organisasi itu memerlukan pemuda-pemuda yg berdaya usaha utk berkembang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cats-paw | n (fig.) boneka: to be the ~ of the organization, menjadi boneka organisasi itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
find | b. become independent, (dapat) berdikari: the organization helps ex-convicts to ~ their feet again, organisasi itu membantu bekas-bekas banduan utk berdikari semula; c. become confident in new surroundings, (mula) bertapak: Ive only been here for a few weeks so Im still ~ing my feet, saya di sini baru beberapa minggu, jadi saya masih belum bertapak lagi; ~ it in /os, os heart/, (to do st), (force os to do st) memujuk hati, memaksa diri; (bear to do st) tergamak, sampai hati: we ought to be able to ~ it in ourselves to forgive our enemies, kita sepatutnya dapat memujuk hati utk memaafi musuh kita; he had always worked very well and McGregor could not ~ it in his heart to dismiss him, dia sentiasa bekerja dgn baik dan McGregor tdk sampai hati utk memecatnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
going | n 1. departure, pemergian: his ~ will create a power vacuum in the organization, pemergiannya akan meninggalkan lompang kuasa dlm organisasi itu; 2. condition of road, track, etc, keadaan + approp n: the ~ at Doncaster is firm today, keadaan balapan di Doncaster kejap hari ini; 3. condition of travel, perjalanan: the path over the pass was very rough ~ because of the heavy rain, perjalanan di jalan kecil di genting itu sangat sukar disebabkan hujan lebat; the ~ is hard in this weather, perjalanan sukar dlm cuaca begini; 4. conditions that affect os ability, keadaan (approp n): if the ~ gets tough, give me a call, jika keadaan menjadi sulit, telefonlah saya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
backbone | n 1. spine, tulang belakang; 2. mainstay, tulang belakang: the ~ of an organisation, tulang belakang sesebuah organisasi; 3. fortitude, /ketabahan, kecekalan/ (hati): he doesnt have the ~ to be a leader, dia tdk mempunyai ketabahan utk menjadi seorang pemimpin; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inflate | 3. puff up, [various translations]: his sons success ~d him with pride, kejayaan anaknya menyebabkan dia berasa sangat bangga; he tends to ~ his importance to the organization, dia cenderung membesar-besarkan betapa pentingnya dia pd organisasi itu; although the economy is showing signs of recovery, it would not be wise to ~ expectations, walaupun terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi beransur pulih, tdk wajar bagi kita membuat harapan orang ramai melambung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
empower | vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
infant | n 1. baby, very young child, bayi: a healthy ~, bayi yg sihat; ~ mortality rate, kadar kematian bayi; ~ food, makanan bayi; 2. (leg.) minor, budak: ~ beneficiary, benefisiari budak; 3. in early stage of development, muda: ~ industry, industri muda; ~ organization, organisasi muda; ~ science, bidang sains baru. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impersonal | adj 1. not influenced by personal feelings, tdk dipengaruhi perasaan; (attrib) tdk (bersifat) peribadi: a judge should be ~, hakim seharusnya tdk dipengaruhi perasaan; he managed to keep his voice ~, dia bercakap dgn suara yg tdk dipengaruhi perasaan; an ~ statement, kenyataan yg tdk bersifat peribadi; an ~ organization, organisasi yg tdk bersifat peribadi; he takes an ~ interest in the children, dia memberikan perhatian yg tdk bersifat peribadi thdp anak-kanak itu; 2. lacking warmth, tdk mesra: his manner was ~, sikapnya tdk mesra; 3. not having human characteristics or existence, tdk bersifat insani: ~ deity, dewa-dewa yg tdk bersifat insani; 4. (gram.) impersonal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
embody | vt 1. give concrete form to, terjelma, wujud: the spirit of democracy is embodied in the revolutionary movement, semangat demokrasi terjelma dlm pergerakan revolusi itu; 2. incorporate, include, a. (in organization) (act.) merangkum; (pass.) terangkum: the three groups are embodied in the new organization, ketiga-tiga kumpulan itu terangkum dlm organisasi baru itu; b. (in a car, computer, etc), (act.) mengandungi; (pass.) terkandung; c. (in an Act) termaktub. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Organization for Economic Cooperation and Development(OECD) | Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi | Sains Politik | Tiada | Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD. |
subprofessional group | kumpulan subikhtisas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kumpulan separa profesional atau separuh mahir dalam sesuatu bidang atau organisasi. Dalam organisasi, kumpulan ini membentuk sebahagian besar daripada golongan pekerja. Kelompok ini tidak memiliki kemahiran yang tinggi tetapi tetap diperlukan sebagai kakitangan sokongan yang penting. Contohnya, golongan pembantu tadbir. |
prague school | prague school | Kesusasteraan | Tiada | Organisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle. |
apolitical | polos politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang menerangkan atau memperjelaskan sama ada seseorang, organisasi atau kaum yang tidak terikat atau tidak mempunyai hubungan atau rangkaian politik dengan mana-mana pertubuhan dan organisasi politik tertentu. Dengan kata lain, ia bersifat neutral dalam percaturan politik mereka. Organisasi seperti Sahabat Alam, Green Peace ataupun pertubuhan Amnesty Antarabangsa merupakan sebuah organisasi atau pertubuhan yang bersifat polos politik. Polos politik juga membawa maksud sesuatu keadaan yang neutral iaitu tidak mempunyai sebarang matlamat politik. Contohnya, lawatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Acheh bagi meninjau keadaan masyarakat selepas kejadian tsunami merupakan lawatan yang bersifat polos politik. |
voluntary organization | organisasi sukarela | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan yang dibentuk bagi melakukan kerja-kerja sukarela untuk kepentingan orang ramai. Organisasi seperti ini lazimnya mempunyai matlamat yang baik iaitu untuk memberi kemudahan atau memperjuangkan sesuatu kepentingan yang tersendiri seperti pemeliharaan alam sekitar, perjuangan hak asasi, pembelaan hak wanita, perjuangan kepentingan buruh atau pergerakan pengakap, pandu puteri, palang merah dan kadet polis. Badan ini boleh berbentuk kecil-kecilan seperti persatuan di kampung atau boleh juga bersifat pertubuhan yang besar dan global seperti Pertubuhan Kehidupan Binatang Liar Sedunia (WWF). Anggota yang menganggotai pertubuhan ini tidak memikirkan matlamat keuntungan atau kepentingan kewangan sebaliknya bergerak untuk memenuhi matlamat pertubuhan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang merupakan organisasi sukarela yang aktif bergerak untuk memelihara kepentingan pengguna di Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya. |
flatter organization | organisasi mendatar | Pentadbiran | Tiada | Struktur pentadbiran sesebuah organisasi yang memiliki sedikit atau tidak ada peringkat pengurusan pertengahan antara kakitangan dengan pihak eksekutif. |
vertical organization | organisasi menegak | Pentadbiran | Tiada | Struktur pentadbiran sesebuah organisasi yang mempunyai hierarki yang ketat dengan kuasa yang berpunca daripada pihak pengurusan atasan hingga ke bawah. |
contract research organisation (CRO) | organisasi penyelidikan kontrak (CRO) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang dikontrakkan oleh penaja untuk melaksanakan satu atau lebih tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan penyelidikan atau pengujian. |
cooptation | pilih lantik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi. |
peacebuilder | penggerak keamanan | Umum | Tiada | Individu atau organisasi yang menyokong, menggalakkan dan membawa kepada keamanan. Individu atau organisasi ini berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan dan mempertahankan keamanan dalam sesebuah negara yang terjejas akibat perang atau konflik-konflik lain melalui sokongan terhadap ekonomi, politik dan pembangunan sosial. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bejemung | organisasi | TETAW | |
Kamus Sains.indb kecuali beberapa masalah dengan pengawalan suhu yang mungkin terlalu tinggi yang akan memberi ke - san kepada pemilihan penyahaktifan mangkin. (KEJ) administrative unit (unit pentadbiran) Kawasan terkecil yang ditadbir dalam struktur organisasi perhutanan. (HUT) admixture (bahan campur tambah) Bahan yang dimasukkan ke dalam konkrit semasa basah dalam proses pem - bancuhan untuk mengubah sifatnya, dan meningkatkan ketahanannya dalam jangka masa panjang. Contohnya, bahan dengan proses perakaman. (KOM) recession record data record layout rectovaginal fistula Kamus Sains.indb 550 7/8/08 11:50:18 AM 551 record layout (bentangan rekod) Susunan dan struktur organisasi butiran data bagi rekod. (KOM) record name (nama rekod) Simbol yang digunakan untuk memberikan nama kepada rekod supaya mudah dirujuk. (KOM) record number (nombor rekod) Nombor pengenalan yang diberikan kepada
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengesahkan identiti atau menentusahkan kelayakan suatu stesen, penghantar atau Br. analisis risiko; Id. analisis risiko) Analisis ancaman dan kegoyahan pada suatu sistem maklumat. Analisis ini melibatkan penilaian impak daripada kerosakan suatu komponen atau data sistem maklumat pada persekitaran pengkomputeran, organisasi, atau persekitaran luar. Selain itu, beberapa tindakan yang wajar diambil untuk pemulihan daripada kerosakan tersebut akan dikenal pasti dan dipertimbangkan. analisis tandatangan (Ig. signature analysis; Br. analisis tandatangan; Id. analisis
|
Kamus Thai 2.indb Thai-Melayu Dewan dengan kerjasama Prince of Songkhla University (PSU). Kelahiran kamus ini pada usia DBP dan PSU yang masing-masing menjangkau 50 dan 40 tahun menggambarkan kematangan kedua-dua organisasi ini untuk mengorak langkah bagi menyatukan dua buah negara yang berjiran melalui sesi bengkel perkamusan yang bersifat akademik, dan sekali gus melalui penerbitan kamus ini. Sesungguhnya kelahiran kamus ini sangat kamus dwibahasa yang standard untuk dirujuk, sama ada kamus Melayu-Thai atau Thai-Melayu. Memandangkan hakikat tersebut, maka sangat wajar kamus dwibahasa bahasa Thai-bahasa Melayu disusun hasil kerjasama dua organisasi ini iaitu DBP dan PSU. Oleh yang demikian, bagi saya kerja menghasilkan teks rujukan begitu penting untuk menampung keperluan pembelajaran bahasa Melayu bagi pelajar, pengajar dan masyarakat umum di Thailand
|
Kamus Thai 2.indb องให ้ แก ่ ผู ้ ร ้ าย Jangan menunjuk jalan kepada penjahat. ชี้นำ [-nam] ก membimbing: องค ์ กร เอกชนชี้ นำประชาชนให ้ สร ้ างชุมชนที่ เข ้ มแข็ง Organisasi bukan kerajaan membim bing rakyat membina komuniti yang kukuh. = ชี้ แนะ ชี้นิ้ว [-ni u] ก suka mengarah: เขาชอบชี้ นิ้ ว ชิงช ั ง ชี้ Kamus Thai 2.indb 135 |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
organisasi | [or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي |
|
Tesaurus |
---|
| organisasi (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan pertubuhan, perbadanan, persatuan, persekutuan, kesatuan, kumpulan, badan, agensi, jabatan, gabungan, lembaga, syarikat, yayasan, firma, institut, konsortium, kelab, parti, sindiket., | |
|
|