Kata |
Takrif |
Sumber |
perang harga | persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korporat | berkaitan dgn syarikat atau perbadanan: yg meminta-minta potongan cukai ~ ialah firma-firma besar; hanya menerusi badan ~ spt LUTH, ASN, yg membolehkan perkembangan ekonomi umat Islam teguh; imej ~; matlamat ~; mengkorporatkan menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat: proses ~ perniagaan bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional; pengkorporatan perihal (proses, tindakan dsb) mengkorporatkan sesebuah organisasi, institusi dsb: ~ beberapa agensi kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paternalisme | dasar (sikap atau amalan) sesuatu pihak yg melayani atau berurusan dgn seseorang atau sesuatu pihak lain dgn semangat atau sikap keayahan (sebagaimana sikap seorang ayah melayani berbagaibagai kehendak anaknya): salah satu ciri yg menimbulkan unsur ~ dlm firma-firma Jepun ialah sistem pengekalan pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
firma | badan perniagaan; syarikat perniagaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
firma | syarikat perniagaan atau perusahaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
firma | badan perniagaan; syarikat perniagaan. | Kamus Pelajar |
lawatan sambil belajar | lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monopoli | 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perdagangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) sepenuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memonopoli; pemonopoli orang atau pihak yg memonopoli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawatan | perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~ sambil belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemasar | pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
lose | ~ out to, tdk dapat menyaingi: the small firms are losing out to the big multinationals, firma-firma kecil itu tdk dapat menyaingi syarikat-syarikat multinasional yg besar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
trust | 6. association of business firms formed to control the market, gabungan firma: a powerful steel ~ controls the industry, gabungan firma keluli yg berkuasa mengawal industri itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
consultancy | n 1. company that offers expert, professional advice, /firma, syarikat/ pakar runding: he left to start his own ~, dia berhenti utk membuka firma pakar rundingnya sendiri; 2. job of hospital consultant, jawatan pakar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
refer | vt direct (so.) somewhere for treatment, information, service, etc to another, merujukkan: the doctor ~red the patient to a heart specialist, doktor merujukkan pesakit itu kpd pakar jantung; when I complained, the clerk ~red me to the manager, apabila saya mengadu, kerani itu merujukkan saya kpd pengurus; the proposal was ~red to the committee, usul itu dirujuk kpd jawatankuasa; I started my legal practice with work ~red to me by established firms, saya memulakan kerja-kerja guaman saya dgn kerja-kerja yg dirujukkan kpd saya oleh firma-firma yg sudah terkenal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
terra firma | n daratan: the shipwrecked sailors were glad to reach ~ again, kelasi-kelasi yg kapal mereka karam itu berasa gembira apabila sampai di daratan semula. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
firm2 | n firma, syarikat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
subcontracting | adj subkontrak: a ~ firm, firma subkontrak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
house organ | n alat sebaran am /syarikat, firma, dll/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
well established | adj telah mantap: a ~ firm, firma yg telah mantap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
reputable | adj bereputasi baik: a ~ firm of importers, firma pengimport yg bereputasi baik; a ~ occupation, pekerjaan yg bereputasi baik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
firm | firma | firma | firma | Ekonomi |
public firm | firma publik | firma awam | firma awam | Ekonomi |
private firm | firma swasta | firma swasta | firma swasta | Ekonomi |
low-cost firm | firma kos rendah | firma kos rendah | firma kos rendah | Ekonomi |
equilibrium of firm | keseimbangan firma | keseimbangan firma | keseimbangan firma | Ekonomi |
decentralized firm | perusahaan terdesentralisasi | firma ternyah pusat | firma ternyah pusat | Ekonomi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Competition Act | Akta Persaingan | Ekonomi | Tiada | Akta yang memberi perlindungan undang-undang kepada firma-firma yang lemah supaya tidak tertindas oleh firma-firma yang kuat akibat persaingan, seperti perlindungan firma kecil daripada firma besar yang mempunyai kuasa monopoli atau perlindungan firma tempatan daripada persaingan firma antarabangsa. |
industrial organization analysis | analisis organisasi perindustrian | Ekonomi | Tiada | Huraian tentang bagaimana firma-firma perindustrian beroperasi di pasaran yang sifatnya tidak sempurna, termasuklah huraian tentang struktur pasaran, perlakuan dan strategi industri di pasaran yang berbeza, dan prestasi atau pencapaian firma-firma ini. |
mutual interdependence | sesama saling bergantung | Ekonomi | Tiada | Perhubungan antara firma-firma yang menyebabkan sebarang keputusan dan tindakan oleh sesuatu firma itu mempengaruhi pula keputusan dan tindakan firma lain. |
price followers | pengikut harga | Ekonomi | Tiada | Firma-firma dalam pasaran yang terbuka kepada persaingan yang tidak berkuasa mempengaruhi harga dan hanya mengikut sahaja harga yang ditetapkan oleh firma yang menjadi pemimpin harga, atau jika tidak, akan keluar sahaja daripada persaingan tersebut. |
industry | industri | Geografi | Tiada | Firma-firma yang mengeluarkan barang-barang pembuatan yang memberi peluang pekerjaan seperti penghasilan barang makanan, perkapalan, pertanian dan sebagainya. |
collusive price leadership | kepimpinan harga sepakat | Ekonomi | Tiada | Penentuan harga dalam pasaran oligopoli yang diketuai oleh firma yang lebih besar. Firma-firma lain dalam pasaran akan mengikut harga berkenaan dalam penentuan harganya. |
dominant firm | firma dominan | Ekonomi | Tiada | Firma yang dapat menakluki sebahagian besar pasaran dan mengekalkan kuasa pasaran dengan sendirinya tanpa bekerjasama atau berpakat dengan firma-firma lain sama ada secara nyata atau tidak. |
conscious parallelism | paralelisme sedar | Ekonomi | Tiada | Perlakuan firma-firma yang secara seragam bersifat oligopolistik dan tidak menggalakkan persaingan. Ini tidak dilakukan dengan sengaja dan terancang tetapi berasaskan rasional yang agak sama terhadap tindakan penentuan harga dan jualan masing-masing. |
industrial alliances | perikatan industri | Ekonomi | Tiada | Kerjasama antara firma-firma dalam bidang-bidang tertentu, seperti pemasaran, penyelidikan, dan pengeluaran komponen untuk faedah bersama. |
oligopolistic coordination | penyelarasan oligopoli | Ekonomi | Tiada | Kerjasama antara firma-firma oligopoli untuk mengurangkan persaingan antara mereka dan meningkatkan kuasa monopoli dan dengan itu boleh memaksimumkan keuntungan atau faedah keseluruhan industri secara bersama. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
firma | serikat [srikat] | Melanau Dalat | |
seriket | firma | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
firma | [fir.ma] | فيرما |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata firma |
|
|