Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bila memakan buah cempedak, Enak rasanya bukan kepalang; Bila kutahan dadaku sesak, Hendak menyapa segankan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau memakan keladi puyang, Jangan lupa pada bungkalnya; Kalau termakan budi orang, Jangan lupa pada asalnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Andainya kuda memakan nasi, Tentulah makan dengan tuanya; Andai mudanya tekun mengaji, Tentulah nyaman di hari tuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila orang memakan bubur, Tentulah ada santan kelapa; Apabila abang segan menegur, Tentulah hamba segan menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak lembu memakan daun, Petang tiba minum ke paya; Awak merindu sepanjang tahun, Orang lupa habislah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tak pernah memakan rendang, Setalam mana nan dijimati; Tak pernah orang kaya bertandang, Dendam mana nan dituruti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau suka memakan pauh, Batang ditanam direbah jangan; Kalau suka berjalan jauh, Kampung halaman dilupa jangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerana kucing memakan nangka, Banyaklah musang tak dapat rezeki; Kerana bersaing dengan yang tua, Banyaklah bujang tak dapat bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kuda memakan dedak, Datang balam duduk berjaga; Awak duda gilakan talak, Siang malam mengintai janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.



Lihat selanjutnya...