Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo.

Takrif

Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi.

Takrif

Marabahaya yang tak dapat ditolak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis.

Takrif

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Takrif

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.

Takrif

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.

Takrif

Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Takrif

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Takrif

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi.

Takrif

Melawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri. unggis = memakan dengan menggigit berdikit-dikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air.

Takrif

Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.



Lihat selanjutnya...