Kata |
Takrif |
Sumber |
lenyap daratan | hilang akal, lupa akan dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luput | 1. hilang, lenyap: zaman dongeng-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyapkan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd bencana; keluputan perihal luput, kelenyapan, kemusnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenyap | 1 hilang drpd pandangan; tidak kelihatan lagi: Pemuda itu ~ di balik belukar. 2 lena (bkn tidur); nyenyak: Sesudah diberi ubat, barulah ia tidur ~. melenyapkan menyebabkan jadi lenyap; menghilangkan; menghapuskan: Muawiyah telah ~ sistem pemerintahan demokrasi dan mewujudkan sistem monarki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lenyap | 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepadanya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnahkan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, kemusnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resap | hilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kikis II | Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali; mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pupus I | habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunahkan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memupuskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulau sudah lenyap, daratan sudah tenggelam | gagal sama sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirna | hilang; lenyap. menyirnakan menjadikan sirna; menghilangkan; melenyapkan. penyirnaan perbuatan atau hal menyirnakan; penghilangan; pelenyapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
vanish | 3. come an end, lenyap, menghilang: once his father came back, his fears ~ed, apabila bapanya pulang, perasaan takutnya pun lenyap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lost | 6. no longer existing, telah lenyap; (of youth etc) telah berlalu: Pompeii, the ~ city, kota Pompeii yg telah lenyap; she bemoaned her ~ youth, dia menyesali masa mudanya yg telah berlalu; 7. destroyed, hilang: the ship and all its crew were ~ at sea, kapal itu serta semua anak kapal telah hilang di laut; 8. wasted, a. (of time) terbuang; make up for ~ time, mencuba mengisi masa yg telah terbuang; b. (of chance, opportunity) terlepas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
melt | ~ away, a. mencair, menjadi cair: the snow has ~ed away, salji telah mencair; b. ( fig.) beransur-ansur lenyap: his money soon ~ed away, wangnya lenyap; his courage gradually ~ed away, keberaniannya beransu | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disappear | vi 1. pass from sight, hilang, lenyap, lesap: the important files have ~ed from the cabinet, fail-fail yg penting telah hilang dr kabinet; the swindler ~ed without a trace, penipu itu lesap tanpa dapat dikesan; 2. go away deliberately, menghilangkan diri: he ~ed for days on end, dia menghilangkan diri berhari-hari lamanya; 3. cease to be, lenyap, luput; (of pain) hilang: these problems will not ~ just like that, masalah-masalah ini tdk akan lenyap begitu sahaja; 4. become extinct, pupus: a species which is fast ~ing, spesies yg pupus dgn cepatnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fall | ~ away, a. become fewer, berkurangan: his supporters began to ~ away, penyokong-penyokongnya mula berkurangan; b. disappear, lenyap: in such a crisis all prejudices ~ away, dlm krisis demikian segala prasangka lenyap; c. grow thin, menjadi kurus; (of face) menjadi cengkung; d. slope downwards, melandai: the ground ~s away on the left side of the road,tanah itu melandai di sebelah kiri jalan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
vanishing-point | n takat lenyap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
thin | /disappear, vanish/ into ~ air, hilang /lenyap, ghaib/: they couldnt find him anywhere. Its as if he had disappeared into ~ air, mereka tdk dapat menemuinya di mana-mana. Dia seolah-olah hilang ghaib; have a ~ time, (colloq) | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dies1 | ~ away, a. (of sound) semakin /lenyap, sayup, hilang/; b. (of light), (become weaker) semakin /malap, pudar/; (become fainter) semakin /hilang, pudar/; c. (of wind) semakin /reda, luang/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
vestigial | adj 1. minute remaining amount, sekelumit: the ~ remains of a lost civilization, sekelumit sisa-sisa tamadun yg telah lenyap; 2. (anat) vestij: a ~ tail, ekor saki. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
uncanny | adj 1. eerie, menyeramkan: after the noise and bustle of the city, the silence was ~, selepas hingar-bingar di bandar lenyap, suasana sunyi itu menyeramkan; ~ shadows in the dark, bayang-bayang yg menyeramkan dlm kegelapan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
disappearance | lenyap | lenyap | lenyap | Perhutanan |
lost river | sungai lenyap | Tiada | sungai lenyap | Geologi |
crossfade | hilang silang | lenyap silang | lenyap silang | Teknologi Maklumat |
fade out | lesap senyap | resap lenyap | resap lenyap | Komunikasi Massa |
syncope | pemendekan, sinkope | sinkop | lenyap bunyi | Kesusasteraan |
vanish at infinity | nol di tak hingga/nol pada tak hingga | Tiada | lenyap pada ketakterhinggaan | Matematik |
vanishing point | Tiada | Tiada | takat lenyap | Matematik |
disappearing stream | sungai lenyap | Tiada | sungai lesap | Geografi |
apocope | apokop, tanggal fonem akhir | apokop/lenyap fonem akhir | apokop/gugur fonem akhir | Kesusasteraan |
aphaeresis | afaresis, tanggal fonem awal | afaresis/lenyap fonem awal | afaresis/gugur fonem awal | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
extinct species | spesies pupus | Perikanan | Tiada | Spesies fauna dan flora yang telah lenyap. Spesies ini dianggap lenyap apabila tidak ditemukan dalam tempoh 50 tahun. Kepupusan fauna dan flora ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan iklim, aktiviti memburu, penyakit, kemusnahan habitat, bencana alam dan kemasukan spesies eksotik. Contoh spesies ikan yang telah pupus ialah ikan megalodon. |
vanish | lenyap | Fizik | Tiada | Tiada |
vanish | lenyap | Matematik | Tiada | Tiada |
syncope | lenyap bunyi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
vanishingly small | kecil lenyap | Fizik | Tiada | Tiada |
vanishing point | titik lenyap | Fizik | Tiada | Tiada |
vanishing line | garis lenyap | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
lost river | sungai lenyap | Geologi | Tiada | Tiada |
vanishing point | titik lenyap | Geologi | Tiada | Tiada |
lost river | sungai lenyap | Geografi | Tiada | , dan memasuki aliran bawah tanah, biasanya didapati di kawasan kars. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lenyap | miyau [miyaw] | Melanau Dalat | |
lenyap | lanyap, hilang. | kedayan | |
dingau | lenyap | TETAW | |
miyau | hilang; 1 lenyap: telabau MM bak ~ amun nda tenulih itou ji bahasa MM akan hilang kalau tidak ditulis spt ini; 2 tidak ada lagi perasaan spt marah, benci, suka, dll, kepercayaan, pertimbangan: amun naseng melalaih ~ saber kalau hati marah hilang sabar; 3 | Melanau Mukah | |
ayap | 1 kabur; samar; suram; kelam; 2 hilang; lenyap. | Iban | |
ayas | 1 tak nyata; tak jelas; kabur; 2 hilang; lenyap; ghaib: ~ ari mata hilang dr pandangan. | Iban | |
lalep | lelap; 1 nyedar, lena, nyenyak: tudui nda ~ keman nda besoh prb tidur tak lena makan tak kenyang; 2 tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: semua reta wak newarih a gaksiyen ~ mamin semua harta yg diwarisi orang kepadanya lelap belaka; 2 tidak dapat ditebu | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bebadi Ib | kemalangan. | Setakat itulah cerita tentang Talap pada kali ini. Talap yang mati lesi bebadi laya lenyap yang mempelopori endap Pasa Pungkang. Tanjung di Kuala Pasa itu dipanggil Tanjung Pungkang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menyuan Tb | pembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian. | Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb 303 kaian gentian kenyal kuning dan bercabang-cabang ke semua arah. Sinonim elastic fibre. (BIO) elastic deformation (canggaan kenyal) Perubahan pada kedudukan relatif titik-titik dalam suatu pepejal yang akan lenyap apabila canggaan tegasan dibuang. (FIZ) elastic design (reka bentuk kenyal) Kaedah mereka bentuk struktur keluli atau konkrit tetulang berasaskan ang- gapan bahawa bahan adalah bersifat anjal dalam julat tertentu. (KEJ volatile file (fail meruap) Fail sementara yang kandungannya sering berubah. Fail ini biasanya akan di- hapuskan selepas pemprosesan selesai. (KOM) volatile memory (ingatan meruap) 1. Jenis ingatan yang kandungan maklumatnya lenyap apabila bekalan kuasa ke peranti ingatan diputuskan. 2. Sifat ingatan baca-tulis biasa yang akan hilang maklumat kandungannya apabila bekalan kuasa peranti ingatan tersebut diputuskan. Sinonim vola- tile storage. (KOM
|
Kamus Thai 2.indb ่ Sewaktu kumpulan penjahat menyerang kem tentera itu, suasana di sekeliling kem masih samar-samar. สลาก [sala:k] น label สลากกินแบ ่ ง [-kinbε] น loteri สลาย [sala:y] ก lenyap สลิด [salit] น ikan sepat สลึง [sal] น salung: สี่ สลึงเท ่ ากับหนึ่ ง บาท Empat salung sama dengan satu baht. สแลง [salε:] น slanga สวน 1 [suan] น กล ิ่ นสาบที่ เสื้ อผ ้ าล ูก ๆ เขาหมดไป Ibu menggunakan serbuk pencuci untuk menghilangkan bau hapak pada pa kaian anak-anaknya. สาบสูญ [sa:psu:n] ก hilang lenyap: ชาย หนุ ่ มในหมู ่ บ ้ านนั้ นได ้ สาบสูญไปหลายคนหลังจาก เกิดเหตุการณ ์ ที่ กรือเซะ Beberapa orang pe muda dalam kampung itu telah hilang lenyap setelah berlaku peristiwa di Masjid
|
Kamus Thai 2.indb lembap ฉิ่ ง 1 [ci ] น simbal kecil ฉิ่ ง 2 [ci ] ดู เก ฉิบหาย [ci pha:y] ก 1 (สูญหมด เสียหมด หมดเร็ว) binasa, hilang, lenyap, pupus, hancur: เกิดความฉิบหายในชั่ วพริบตาเดียว binasa dalam sekelip mata 2 (คำด ่ า) celaka: ฉิบหายแล ้ วผมลืมกุญแจ Celaka, aku lupa kunci. ว 3 sangat: เก ่ งฉิบหาย sangat pandai ฉิว [ci |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lenyap | [le.nyap] | لڽڤ |
|
Tesaurus |
---|
| lenyap | 1. Bersinonim dengan hilang ( lesap, lelap, lipur, tenggelam, hapus, luput, lupus, terkikis, melayang,
gelibat, sirna, ) (kata kerja:) Berantonim dengan wujud
2. Bersinonim dengan lena: tidur, nyenyak, lelap, nyedar,
3. Bersinonim dengan jatuh hati ( kasih, cinta, sayang, ) (kata kerja,) Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : melenyapkan, kelenyapan, pelenyapan, |
|
|