Kata |
Takrif |
Sumber |
lipur diri | kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipur | 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipur | 1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya. hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar. melipur 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. terlipur sudah lipur hatinya; terhibur. pelipur sesuatu yg menghibur atau melipur; penghibur: ~ lara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutan lipur | hutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutan lipur | hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlipur | sudah lipur hatinya; terhibur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutan rekreasi | hutan lipur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dura I | sl risau, susah hati, gelisah: dilipurkannya hatinya yg ~ dgn membaca buku cerita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutan | kawasan tanah yg ditumbuhi pokok-pokok (yg biasanya tidak dipelihara orang); rimba: Mereka pergi ke ~ mencari kayu api. ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok bakau. ~ belantara hutan yg besar. ~ lepas (rimba) hutan yg besar (yg belum dibuka orang). ~ lipur hutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan. ~ simpan kawasan hutan yg pokoknya tidak boleh ditebang. perhutanan ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja-kerja yg berkaitan dgn hutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutan | 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
soap opera | n (drama) lipur lara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
generically | adv as a class, (pd) /umumnya, amnya/: the popularity of programmes known ~ as soap opera, kepopularan rancangan-rancangan yg umumnya dikenali sbg drama lipur lara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
soap | n 1. substance used for washing, cleaning, sabun: a bar of ~, seketul sabun; ~ dish, bekas sabun; 2. (colloq) soap opera, drama lipur lara; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
lipur lara | lipur lara | lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan |
amenity forest | hutan lipur/wisata | hutan lipur/hutan ameniti | hutan lipur | Perhutanan |
amenity park | taman lipur, taman aminiti | taman lipur, taman aminiti | taman lipur, taman aminiti | Pertanian |
amenity forest | hutan lipur, hutan ameniti | hutan lipur, hutan aminiti | hutan lipur, hutan ameniti | Pertanian |
amenity planting | tanam ameniti | tanam ameniti/tanam lipur | tanam lipur/tanam ameniti | Pertanian |
folk romance | pelipur lara | roman rakyat/lipur lara | roman rakyat/lipur lara | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Genre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | 1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
punakawan (Jw.) | punakawan | Kesusasteraan | Tiada | Para pengiring yang setia kepada seorang wira atau wirawati khususnya, dalam cerita Panji dan lipur lara. Contoh: Cerita Panji: Jurudeh, Prasanta. Lipur lara: Si Kembang Cina dan Bujang Selamat. |
kaba | kaba | Kesusasteraan | Tiada | Sastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud khabar. Lihat juga talibun. |
amenity forest | hutan lipur | Perhutanan | Tiada | Tiada |
amenity forest | hutan lipur | Pertanian | Tiada | Tiada |
recreational forest | hutan lipur | Sosiologi | Tiada | Hutan yang dibuka kepada awam untuk menikmati keindahan seperti sungai dan pokok-pokok alam semula jadi. |
amenity forest | hutan lipur | Landskap | Tiada | Kawasan hutan yang dikhaskan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat untuk beristirahat seperti hutan rekreasi. Sinonim hutan ameniti. |
amenity planting | tanam ameniti | Landskap | Tiada | Lihat tanam lipur. |
selampit (M.) | selampit | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita rakyat yang berbentuk lipur lara yang dituturkan dengan menggunakan alat bunyi-bunyian. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lipur | miyau[miyau]; nelim [nlim] | Melanau Dalat | |
lipur | lipo, hibo. | kedayan | |
ngenyeneng aseng | lipur | TETAW | |
Kamus Thai 2.indb อนไหล ออกสู ่ ปากน ้ ำ Air dalam sungai itu ber pusar sebelum mengalir ke muara. วนศาสตร ์ [wanasa:t] น ilmu per- hutanan วนอุทยาน [wanauttaya:n] น hu tan lipur วนา [wana:] ดู พนา วนิพก [wanipok] น penghibur ja lanan วรรค [wak] น 1 jarak 2 (กฎหมาย) ceraian วรรณะ [wanna] น kasta วรรณกรรม [wannakam] น karya sastera วรรณคดี [wannakadi:] น
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lipur | [li.pur] | ليڤور |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
public recreation | lipur diri awam/rekreasi awam | EKO |
open air recreation | lipur diri di luar/rekreasi di luar | EKO |
leisure zone | zon lipur | EKO |
outdoor recreation | rekreasi luar/lipur diri luar | EKO |
recreational area | kawasan rekreasi/kawasan lipur diri | EKO |
water-based recreation | rekreasi berasaskan air/lipur diri berasaskan air | EKO |
|
Puisi |
---|
|
Hutan lipur tempat bermalam, Sungai Pahang airnya tenang; Walaupun jauh rindu mengidam, Tapi bimbang masuk meminang.
Lihat selanjutnya... |
|