Kata |
Takrif |
Sumber |
lelap kemalingan | prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelap | 1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2. tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~ kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; pelelap orang yg kuat tidur, penidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelap | 1 tidak sedar (ketika tidur); nyenyak; nyedar; lena: Anaknya tidak ~ tidur kerana sakit gigi. 2 tidak ada lagi; habis: Segala hartanya sekarang sudah ~. 3 tidak dpt ditebus lagi kerana sudah habis tempohnya (bkn barang gadaian). melelapkan memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. terlelap terlena; tertidur: Dia ~ ketika menonton televisyen. pelelap orang yg kuat tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lena | (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua orang ~, ~ dgn impian masing-masing; 3. lama (waktu), lambat-lambat: tidak berapa ~ ketikanya; berlena, berlena-lena sengaja menghabishabiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; melenakan membuat supaya lena, menjadikan lena, melelapkan: dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh lakilaki itu; terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~ dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu; kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidur lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) | tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lena | /léna/ 1 lelap sekali; nyenyak; nyedar: Anak kecil itu sedang ~ di pangkuan ibunya. 2 tidak sedar; leka; lalai: Dia masih ~ dgn angan-angannya. melenakan menjadikan atau membuat supaya lena: Dia mencuba ~ dirinya di atas kerusi malas. terlena 1 tertidur; terlelap: Dia ~ di atas kerusi panjang. 2 terleka; terlalai: Amin ~ dlm angan-angannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyedar | nyenyak (tidur), lelap, lena: orang lain di rumahnya masih lagi terlantar tidur dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melelapkan | memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meridap | Sb tidur atau lelap sekejap: dia jarang makan tengah hari kerana waktu itu diguna-kan utk ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipur | 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
half-asleep | adj separuh lelap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dead | ~ asleep, tidur /mati, nyenyak, lenyak, lena, lelap/; ~ drunk, terlalu mabuk, mabuk /bunga selasih, benar, betul/; be ~ against, be directly opposed to, tdk bersetuju langsung: she was ~ against the plan, dia tdk bersetuju langsung dgn rancangan itu; be ~ set on, /berazam, bertekad/ utk; (thing rel to st of less serious nature) beria-ia, ingin benar: to be ~ set on becoming a doctor, berazam utk menjadi doktor; the child was ~ set on going home, kanak-kanak itu beria-ia hendak pulang; stop ~, a. (of person, animal) berhenti (dgn) serta-merta; b. (of engine etc) mati: my car stopped ~ in the middle of the bridge, kereta saya mati di tengah-tengah jambatan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
easy | be ~ in os mind, fikiran sso tenang; be ~ of access, (of place) mudah didatangi; be ~ on the /eye, ear/, (colloq) sedap /dipandang, didengar/; have an ~ night, tidur /lena, nyenyak, lelap/; Im ~, (colloq) saya ini senang saja; be in ~ circumstances, (colloq) hidup /mewah, dlm kemewahan/; of ~ virtue, tdk bermoral, liar: a woman of ~ virtue, perempuan yg tdk bermoral; on ~ terms, dgn bayaran mudah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
asleep | adj; fall ~, a. also drop ~, into a state of sleep, (ter)tidur, terlena, terlelap; (of royalty) beradu: he fell ~ during the meeting, dia tertidur semasa mesyuarat sedang berlangsung; b. into a state of inactivity, tidur, menjadi /tdk aktif, kelesa/; c. (euphem) into the state of death, menutup mata; lay ~, tidur, lena; be /fast, sound/ ~, tidur /lelap, lena, nyenyak/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
lapse rate | laju surut | kadar lelap | kadar lelap | Aeroangkasa |
negative lapse rate | laju lewat kadar | kadar lelap negatif | kadar lelap negatif | Perikanan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
subadiabatic lapse rate | kadar lelap subadiabatik | Kejuruteraan | Tiada | Kadar lelap yang berlaku apabila kadar lelap ambien kurang daripada kadar lelap adiabatik kering dan keadaan atmosfera adalah stabil. |
superadiabatic lapse rate | kadar lelap superadiabatik | Kejuruteraan | Tiada | Kadar perubahan suhu dengan ketinggian apabila kadar lelap ambien melebihi kadar lelap adiabatik. |
lapse rate | kadar lelap | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pengurangan pemboleh ubah atmosfera mengikut ketinggian; pemboleh ubah itu ialah suhu kecuali dinaytakan sebaliknya. Istilah ini digunakan secara khusus untuk kadar lelap persekitaran dan kadar lelap proses. |
enviromental lapse rate | kadar lelap ambien | Kejuruteraan | Tiada | Kadar pengurangan suhu dalam atmosfera dengan peningkatan altitud. Pada lapisan atmosfera bawah, kadar lelap purata ialah 6-8o/km. Sinonim: ambient lapse rate. |
ambient lapse rate | kadar lelap ambien | Kejuruteraan | Tiada | Kadar pengurusan suhu dalam atmosfera dengan peningkatan altitud. Pada lapisan atmosfera bawah, kadar lelap purata ialah 6-8°C/km. |
maximum gust lapse interval. | selang lelap langkisau maksimum | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Selang waktu tertentu yang berkaitan dengan penentuan selang waktu lelap langkisau maksimum. |
maximum gust lapse time | waktu lelap langkisau maksimum | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Selang waktu antara pencapaian laju dua puncak langkisau, yang daripadanya terhasil lelap langkisau maksimum. |
maximum gust lapse | lelap langkisau maksimum | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perbezaan maksimum antara kelajuan puncak langkisau positif dengan puncak langkisau negatif yang berikutnya, yang terjadi dalam selang lelap langkisau maksimum. |
lapse | sasul; lelap; jurang; luput | Fizik | Tiada | Tiada |
lapse | sasul; lelap; jurang; luput | Linguistik | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kerengep | lelap: ~ jujok lelap sebentar. | Melanau Mukah | |
lelap | tudui [tuduy] | Melanau Dalat | |
lelap | ~ mata lalap matak. | kedayan | |
lelap | lalap; | kedayan | |
lalep | lelap; 1 nyedar, lena, nyenyak: tudui nda ~ keman nda besoh prb tidur tak lena makan tak kenyang; 2 tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: semua reta wak newarih a gaksiyen ~ mamin semua harta yg diwarisi orang kepadanya lelap belaka; 2 tidak dapat ditebu | Melanau Mukah | |
melut | lelap | TETAW | |
peraperuok | nyedar, lena, lelap: a kek lelah-lupah kereja, kaau tudui ~ orang berhempas-pulas kerja kamu tidur nyedar. | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb หลั ่ ง [la] ก mengalirkan: ชาวปาเลสไตน ์ หลั่ งน ้ ำตากับการอสัญกรรมของประธานาธิบดี ยัสเซอร ์ อาราฟัต Orang Palestin menga- lirkan air mata kerana kematian Presi- den Yasser Arafat. หลับ [lap] ก lelap: ผมนอนไม ่ หลับตลอดทั้ งคืน Saya tidak lelap sepanjang malam. หลับตา [-ta:] ก 1 pejam 2 memejam- kan: เขาไม ่ สามารถหลับตาได ้ แม ้ ว ่ าจะง ่ วงเพียง ใดก็ตาม Dia tidak dapat memenjam- หล ่ อ หลับ
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lelap | [le.lap] | للڤ |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
moist adiabatic lapse rate | kadar lelap adiabatik lembap | EKO |
|
|