Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lembut ikan jemaralidin, Jikalau mandi disesah jangan; Adiklah kaya abang miskin, Jikalau jadi menyesal jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lemah lembut pandan berduri, Putus tali di tepi pagar; Lemah lembut membawa diri, Putus hati siapa menanggar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur manis pelepahnya lembut, Pohon celagi berbatang-batang; Hitam manis keningnya lembut, Bertatah gigi dua tiga batang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Padiku lembut padiku ini, Air gunung menjadi padang; Demi kuturut hatiku ini, Bungalah tanjung kubawa pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Angin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai petang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.
1
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...