Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahBahasa Serumpun
Kata Takrif Sumber
pelan Ibp perlahan; ~-~ perlahan-lahan: ia membuka matanya ~-~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendaratinaik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan perlahan-perlahan mere­dah di dlm semak-semak menuju ke kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati Jepun;Kamus Dewan Edisi Keempat
detupbunyi spt bunyi benda meletup (perlahan). berdetup 1 berbunyi spt bunyi benda meletup (perlahan). 2 meletup (perlahan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdetup1 berbunyi spt bunyi benda meletup (perlahan). 2 meletup (perlahan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
perlahan1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
detupbunyi spt bunyi benda meletup (perlahan). berdetup 1. berbunyi spt bunyi benda meletup (perlahan). 2. meletup (perlahan).Kamus Pelajar
perlahan-lahan1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
gontaiMn perlahan-lahan, lambat (jalannya, langkahnya, dll), lemah (tidak berdaya): langkahku ~ menuju kereta tumpanganku; Rapiah berjalan ~ menuju ke dapur sambil suaminya terus mencerca; menggontai membuat sesuatu lambat-lambat, bergerak (berjalan) perlahan-lahan; mempergontai memperlambat; tergontai-gontai perlahan-lahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rendidih1. (hidangan) daging, sayur dsb yg direbus perlahan-lahan di dlm periuk yg bertutup; 2. kaedah memasak dgn merebus daging, sayur, buah dsb dgn api yg perlahan di dlm periuk yg bertutup; merendidih merebus daging, sayur, buah dsb dgn api yg perlahan di dlm periuk yg bertutup.Kamus Dewan Edisi Keempat
bisiksuara yg perlahan: Aku terdengar-dengar ~ rayunya yg manja. berbisik 1 bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar orang apa-apa yg saya katakan itu. 2 dgn diam-diam sehingga tidak diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi makan angin dgn ~ saja. membisiki memberitahu seseorang dgn diam-diam: Ia ~ adiknya supaya tidak bercakap terlalu kuat. membisikkan mengatakan sesuatu dgn perlahan; memberitahukan sesuatu dgn berbisik: Dia ~ sesuatu kpd pengawal itu. bisikan 1 sesuatu yg dibisikkan. 2 apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. ~ hati ki suara dr hati kecil; kata hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.



Lihat selanjutnya...