Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq

1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat.

2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.)

Tatabahasa18.09.2011
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih.Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang.Tatabahasa25.06.2012
Frasa kain yang lembut dan halus betul atau kain yang lembut dan cantik lebih tepat?Farsa yang lebih gramatis ialah "kain yang lembut dan cantik".Tatabahasa01.11.2013
Maaf. saya ingin bertanya tentang perkataan lembut di dalam ayat di bawah. Adakah betul penggunaannya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Tenunan kain pua yang dijual oleh Puan Lindai itu sungguh lembut.
Perkataan lembut bermaksud tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak. Berdasarkan makna, perkataan lembut boleh digunakan. Sila layari lembut">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lembut . 
Tatabahasa13.06.2020
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
'Ceongsam ibu diperbuat daripada kain yang lembut dan halus', atau " Ceongsam ibu diperbuat darpada kain yang lembut dn cantik." yang mana lebih tepat?Salam Sejahtera.

Ayat yang lebih tepat ialah "Ceongsam ibu diperbuat daripada kain yang lembut dan cantik".
Istilah18.03.2014
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQKedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. Makna22.08.2011
1) Soft and safe to use for feeding your baby. 2) Coated with high quality soft and durable silicone material. 3) Perfect size for babys mouth. 4) Rounded bowl shape for easy scooping of food. 5) Soft silicone bowl gentle on tender gums. 6) Easy-to-grip long handle for easy feeding. Please help to check the translation in BM as below: 1) Lembut dan selamat digunakan untuk memberikan makan kepada bayi. 2) Dilapisi dengan bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sempurna untuk mulut bayi. 4) Bentuk mangkuk bulat untuk membuat makanan mudah. 5) Sangkar silikon lembut pada gusi lembut. 6) Mudah mengendalikan genggaman yang panjang untuk memberikan makan dengan mudah. Sekian terima kasih :)

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

 1) (Sudu yang) / Lembut dan selamat digunakan untuk menyuap bayi anda. 2) (Botol dilapisi) /Dilapisi bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sesuai dengan mulut bayi. 4) Mangkuk berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 5) Mangkuk silikon lembut sesuai untuk gusi lembut. 6) Pemegang (botol/sudu) yang panjang mudah dicengkam semasa memberikan makanan. 

Perkataan dalam kurungan perlu ada jika teks tidak disertakan dengan gambar.
Penyemakan dan penterjemahan01.06.2018
"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada/dari perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." Tuan, yang manakah betul? Dari atau daripada?"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut."Tatabahasa25.06.2012
Apakah deskripsi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tadika supaya mereka dapat membezakan "helai" dan "keping" kerana keduanya merupakan sesuatu yang nipis dan rata. roti juga lembut walaupun penjodoh bilangan untuk roti adalah "keping". Jadi deskripsi "lembut" mungkin sukar dijelaskan kepada mereka. Adakah "berbentuk segi empat" boleh digunakan sebagai deskripsi untuk membezakan "keping" daripada "helai"?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat.Tatabahasa12.10.2017
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...