Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lembut ikan jemaralidin, Jikalau mandi disesah jangan; Adiklah kaya abang miskin, Jikalau jadi menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padiku lembut padiku ini, Air gunung menjadi padang; Demi kuturut hatiku ini, Bungalah tanjung kubawa pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali di tepi pagar; Lemah lembut membawa diri, Putus hati siapa menanggar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur manis pelepahnya lembut, Pohon celagi berbatang-batang; Hitam manis keningnya lembut, Bertatah gigi dua tiga batang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa.Pantun Melayu SarawakKasih
Sifat perempuan berlemah lembut, Setia mengasuh anak dan laki; Adat berjalan tuah mengikut, Dunia teduh adat pun tinggi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.



Lihat selanjutnya...