Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lalu penjahit, lalu kelindan.

Takrif

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.

Takrif

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.

Takrif

Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lalu hangus, surut layu.

Takrif

Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertitah lalu, sembah berlaku.

Takrif

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Takrif

Sengaja mencari kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Enggang lalu ranting patah.

Takrif

Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya.

Takrif

Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gagak lalu punggur rebah.

Takrif

Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah lalu kumpai layu.

Takrif

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Pisang rendah masak hijau,
     Nanti layu tidak layu;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Nanti lalu tidak lalu.



Lihat selanjutnya...