Kata |
Takrif |
Sumber |
penyempurna | orang dll yg menyempurna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utopia | masyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dll) yg ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yg tidak mungkin dapat diwujudkan): justeru itu amat tidak wajar dikejar dan dipertahankan suatu ~ kehidupan dlm lingkungan budaya kecil yg asing dan palsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempurna | 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, permintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyempurna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesinambungan | perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlanjurkan | senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unik | tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa: justeru inilah yg membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yg ~; dlm setiap tamadun ini, ter-dapat cara-cara yg ~ bagaimana manusia pd zaman itu menyimpan akaun dan mem-buat aritmetik; keunikan perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlanjur | 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinambung | ; bersinambung, bersinambungan berlanjutan, berterusan, berpanjangan: bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yg panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan; kesinambungan perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; ketidaksinambungan perihal (keadaan dsb) tidak bersinambungan (tidak berterusan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanjur | 1. ark tersorong atau terlangsung ke depan; 2. terus, tidak berhenti; melanjurkan melanjutkan atau melewat-lewatkan (masa, perbincangan, dll), memanjangkan; terlanjur 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; terlanjur-lanjur terlangsung atau tersorong jauh (dr batas, ukuran, dll): kerap mulutnya ~ sahaja menyebut mati; telanjuran sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; keterlanjuran perihal terlanjur: kian terasalah olehnya salah dirinya atas ~nya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hence | adv 1. from this time, dr sekarang: a year ~, setahun dr sekarang; 2. (archaic) from here, dr sini: 2 miles ~, 2 batu dr sini; 3. for this reason, /kerana, oleh sebab, justeru/ itu: he had never married, ~ he had no legitimate heir, dia tdk pernah berkahwin, kerana itu dia tdk mempunyai waris sah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
born | b. having specified characteristic, illness, status, circumstances, etc from birth, /lahir, dilahirkan/ /[adj], [prep], [v]/, /lahir, dilahirkan/ sbg [n]: to be ~ blind, dilahirkan buta; children who are ~ with a cleft palate, kanak-kanak yg lahir dgn lelangit rekah; he was ~a baron, dia dilahirkan sbg seorang baron; the child was ~ illigitimate and is therefore not entitled to inherit the property, anak itu lahir di luar nikah, justeru tdk boleh mewarisi harta itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
forfeiture | lucut hak | insurans | Tiada | Kehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium. |
constructive total loss | kerugian menyeluruh konstruktif | insurans | Tiada | Kerosakan separa yang melibatkan pembaikan ke atas harta yang melebihi 50% daripada nilai harta tersebut. Justeru itu dianggap tidak wajar untuk dibaiki. |
actual power | kuasa hakiki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang dimiliki oleh individu, organisasi atau pemerintah yang sah dan diterima ramai. Kuasa ini mempunyai hak mutlak dalam membuat, meminda dan menggubal sesuatu dasar atau tindakan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Contohnya, kuasa hakiki dalam menentukan sesuatu perubahan atau pemindaan ke atas hal ehwal agama Islam di Malaysia, terletak di bawah tanggungjawab Majlis Raja-raja. Justeru itu, sebarang pindaan atau perubahan yang dibuat oleh badan atau organisasi lain tanpa persetujuan Majlis Raja-raja berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dianggap tidak sah kerana tidak memiliki kuasa hakiki. |
oriental despotism | kuku besi ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan. |
alienation effect | kesan keterasingan | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan khalayak dan pelakon yang perlu mengekalkan jarak kritikal semasa persembahan drama. Khalayak perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah lakonan semata-mata dan sepatutnya boleh membezakan antara ilusi dengan realiti. Justeru, khalayak seharusnya tidak mengidentifikasikan diri mereka dengan pelakon. Pelakon perlu mengekalkan jarak dengan watak yang dilakonkan agar penonton tidak menyerapkan dirinya ke dalam watak itu. Oleh itu, pelakon menjadi lebih kritis terhadap watak yang dilakonkannya. Hal ini berbeza dengan konsep Dramatic Theatre Aristotle yang membawa penonton ke dunia ilusi. Penonton terlalai sehingga menerima apa yang berlaku di atas pentas sebagai realiti. Kesan keterasingan merupakan unsur penting dalam teori drama Bertolt Brecht. Untuk melahirkan kesan pengasingan ini, Brecht mendedahkan mekanisme pentas dengan menggunakan lagu atau ucapan untuk memisahkan setiap episod dalam persembahannya agar penonton bertindak lebih wajar dan kritikal. Kesan keterasingan ditemui dalam drama Anwar Ridhwan bertajuk Yang Menjelma dan Yang Menghilang. |
marrated monologue | monolog terkisah | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan dalam bentuk monolog dan karya terhasil daripada pemikiran dalam watak yang dibuat secara tidak langsung. Monolog terkisah biasanya melibatkan penceritaan orang ketiga. Dalam sesebuah karya yang mengandungi monolog terkisah, pengarang berada di luar cerita dan hanya menceritakan kejadian yang berlaku kepada watak berasaskan pemikiran dalaman watak itu sendiri. Justeru, monolog terkisah lebih banyak menceritakan peristiwa yang berlaku dalam mental atau pemikiran seseorang watak. |
phenomenology | fenomenologi | Kesusasteraan | Tiada | Perspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi melibatkan aktiviti penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi memfokuskan inti pati karya, meneliti pengalaman atau proses pembacaan, dan memberikan bagaimana inti pati tersebut mengesan kesedaran pembaca, dan tindak balas daripadanya. Oleh yang demikian, pengkritik memahami kesedaran pengarang, khususnya struktur dalaman pengarang itu. Justeru, dapatlah diketahui bagaimana pengarang menghayati dunianya. Fenomenologi kemudian nya dikembangkan oleh Martin Heidegger (murid Husserl) dan Hans-Georg Gadamer. Mereka meninggalkan pengaruh meluas ke arah kritikan sastera moden, khususnya dalam teori Wolfgang Iser tentang respons pembaca dan teori resepsi Robert Jauss. Fenomenologi dimanfaatkan oleh teori dan amalan pengkritik daripada Sekolah Geneva. Kesan jangka panjang fenomenologi juga terdapat dalam teori pascastrukturalisme. Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani fenomena yang bermaksud benda yang muncul. Lihat juga hermeneutika. |
power politics | politik kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana. |
tragedy | tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene ONeill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan. |
metadrama | metadrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau lakonan dalam lakonan dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen. |
|
|