Kata |
Takrif |
Sumber |
malahan | 1 lebih drpd itu; bahkan juga; semakin bertambah: Selepas minum ubat, ~ menjadi-jadi sakitnya. Usahkan menegur, ~ memandangnya pun aku tidak sudi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malahan | malah I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malahan | 1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malah | = malahan 1 lebih drpd itu; bahkan juga; semakin bertambah: Selepas minum ubat, ~ menjadi-jadi sakitnya. Usahkan menegur, ~ memandangnya pun aku tidak sudi. 2 sebaliknya pula: Dia kelihatan tidak bersukacita, ~ berdukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahkan | 1. malahan, tetapi juga, lebih-lebih lagi: mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, ~ merosakkan adat istiadat Melayu; 2. sl saya, ya: sembahnya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahkan | tetapi juga; malahan: Kerana kejayaannya, dia bukan saja diberi tahniah, ~ diberi hadiah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melahan | bp malah, malahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahkan | tetapi juga; malahan: Kerana kejayaannya, dia bukan saja diberi tahniah, ~ diberi hadiah. | Kamus Pelajar |
malah I | malah I = malahan 1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1 kebetulan; tepat. 2 malahan; bahkan: Saya tidak pernah mengkhianati dia, ~ saya menolong dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
far | ~ from it, malahan sso + approp adj: he is not a fool; ~ from it, dia bukannya bodoh; malahan dia pandai; ~ gone, a. be very ill, keadaan [sso] terlalu teruk: theres no way of saving him, he is too ~ gone, dia tdk dapat diselamatkan krn keadaannya terlalu teruk; b. be very drunk, terlalu mabuk; c. be mad, (sudah) gila; d. be very much in debt, hutang [sso] terlalu banyak: he is ~ gone in debt, dia terlalu teruk dibebani hutang; ~ into the night, hingga /larut, jauh/ malam: they talked ~ into the night, mereka berbual hingga larut malam; ~ off, jauh; as ~ as, setakat; (in distance) sejauh: he will help you as ~ as he can, dia akan menolongmu setakat yg dia mampu; as ~ as the eye can see, sejauh mata memandang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
event | at all ~s, in any ~, in spite of everything, anyway, bagaimanapun; in that ~, jika itu berlaku; in the ~, in fact, as it happened, malahan: in the ~, the problem didnt arise, malahan, masalah itu tdk timbul; in the ~ of, /sekiranya, jika, kalau/ berlaku: in the ~ of fire, the children could leave the building through the rear door, sekiranya berlaku kebakaran, kanak-kanak itu boleh meninggalkan bangunan melalui pintu belakang;in the ~ that, /sekiranya, jika, kalau/: in the ~ that they turn you down let me know, sekiranya mereka menolak permohonanmu, beritahu saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
condescend | v 1. (derog) behave patronizingly, bersikap meninggikan diri: she never ~s to her employees, instead treats them as equals, dia tdk pernah bersikap meninggikan diri thdp pekerja-pekerjanya, malahan dia menganggap mereka sbg setaraf dengannya; 2. (derog) do st one considers below os position, berkenan; (ironical) menjatuhkan darjat sso: he actually ~ed to sit beside me, dia berkenan utk duduk di sebelah saya; perhaps your uncle would ~ to help me clean up this mess, sudi agaknya bapa saudara kamu menjatuhkan darjatnya untuk menolong saya membersihkan kotoran ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fact | apart from the ~ that, selain: apart from the ~ that there was economic recession, the company was also beset by internal problems, selain berlakunya kemelesetan ekonomi, syarikat itu juga menghadapi masalah dalaman; as a matter of ~, in (point of) ~, a. in reality, (yg) sebenarnya: he was not at home, as a matter of ~ he was with me all the time, dia tdk ada di rumah, sebenarnya dia berada bersama-sama saya sepanjang waktu itu; b. indeed, malahan, bahkan: the company hasnt done well, as a matter of ~ it will wind up soon, syarikat itu tdk berjalan lancar, malahan syarikat itu akan ditutup; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stand | ~ aside, a. move to the side, ke tepi: ~ aside, please, tolong ke tepi; b. do nothing, tdk berbuat apa-apa: the neighbours just stood aside and watched the children being cruelly treated, jiran-jiran tdk berbuat apa-apa malahan melihat sahaja kanak-kanak itu diperlakukan dgn kejam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
far | ~ and away, by ~, a. (with compar) jauh: he was ~ and away the richer of the two, dia jauh lebih kaya drpd yg seorang lagi; b. (with superl), [not translated]: it was by ~ the best film I had ever seen, filem itu adalah yg terbaik yg pernah saya tonton; ~ and wide, a. everywhere, di merata-rata tempat; b. to all, many places, directions, ke merata-rata tempat; ~ be it from me to, saya sekali-kali tdk mahu: ~ be it from me to interfere, saya sekali-kali tdk mahu masuk campur; ~ from, bukannya: he is ~ from well, dia bukannya sihat; ~ from hindering me, you have helped, kamu bukannya menghalang saya, malahan kamu telah membantu saya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
stasis | stasis | Biologi | Fisiologi | Suatu keadaan yang menunjukkan tidak berlakunya sebarang peningkatan, malahan kadang-kadang berlaku kemerosotan, misalnya kemerosotan pertumbuhan, aktiviti dan pergerakan. |
innovative organization | organisasi inovatif | Pengurusan | Perancangan | Organisasi yang sentiasa menggalakkan penerokaan pengetahuan baharu dan menghasilkan idea serta produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa, terutamanya yang dapat menyelesaikan masalah. Malahan, organisasi ini menganggap kegagalan sebagai satu proses pembelajaran untuk membaiki kesilapan. Nilai asas perniagaan yang menekankan inovasi adalah penting bagi pembangunan berterusan sesebuah organisasi yang mapan. Aktiviti yang menggalakkan usaha berbentuk cuba-jaya dan berdaya kreatif adalah antara pendekatan yang kerap dilihat wujud dalam sesebuah organisasi inovatif, contohnya syarikat yang berasaskan perisian dan pengurusan maklumat. Bagi menggalakkan budaya inovatif dalam kalangan pekerja, syarikat ini perlu mereka bentuk persekitaran tempat kerja yang menyerupai sebuah pusat pembelajaran. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktur |
jet stream | arus jet | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Arus udara bak tiub yang pipih dan separa mendatar. Arus ini umumnya terdapat berhampiran dengan tropopaus yang paksinya berada di sepanjang garis kelajuan angin maksimum. Arus ini bukan sahaja bercirikan angin kencang, malahan mempunyai gradien melintang yang besar. |
anti-science fiction | fiksyen antisains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces. |
bitis | bitis | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama paiwai bagi kayu Madhuca spp. dan Palaquium spp. daripada famili Sapotaceae. nama lain di Semenanjung ialah kayu belian, dan spesies utama kayu bitis termasuk Madhuca spp. Palaquium ridleyi, dan P. stellatum. Di Sabah dan Sarawak kayu ini tidak dibezakan daripada kayu nyatuh, malahan didagangkan sebagai kayu nyatuh. Gubal kayu bitis biasanya berwarna coklat kuning atau coklat merah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya berwarna coklat merah atau berwarna lebih tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 820 hingga 1200 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu bitis sukar dikerjakan, lambat mengering, mudah retak. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan berat, jambatan, dermaga, cerucuk, tiang, kayu landasan kereta api, dan lantai parket. |
blues | blues | Kesusasteraan | Tiada | Lagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka. |
chant | dikir | Kesusasteraan | Tiada | Gabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat. |
rotation of a line | putaran garis | Mekanik | Gunaan | Gerakan sudut bagi sesuatu garis nisbi terhadap sebarang arah rujukan yang tetap. Gerakan sudut garis hanya bergantung pada sesaran sudutnya dan pada terbitan-terbitan masa sesaran itu. Gerakan yang berkenaan tidak memerlukan wujudnya suatu paksi tetap, normal ke satah gerakan, yang di sekitarnya garis itu berputar. Terbitan pertama terhadap masa bagi koordinat kedudukan sudut q ialah halaju sudut w bagi garis itu, dan terbitan keduanya ialah pecutan sudut a. Bagi gerakan satah, persamaan pembeza yang mencirikan gerakan itu sepenuhnya ialah w = dq/dt, a = dw/dt dan w dw = a dq. Hubungan yang pertama dan kedua merupakan takrif bagi parameter-parameter kinematik yang berkenaan, manakala hubungan ketiga diperoleh dengan melenyapkan sebutan dt daripada dua persamaan pertama itu. hubungan tersebut serupa dengan hubungan untuk gerakan melurus zarah; malahan semua hubungan untuk gerakan melurus zarah boleh digunakan untuk putaran garis di satah asalkan kuantiti linear s, v dan a digantikan dengan kuantiti sudut yang |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
malah | malahan malahan. | kedayan | |
puun II | pun; 1 juga, dan demikian juga: wak laei kou ~ gejiyen kawak pendapat saya pun begitu juga: semuneh ~ diak kawak besok pun baik juga; 2 biar, kendati, meski, walau: susah ~ kenerejasiyen kawak susah pun dikerjakannya juga; 3 bukan, malahan, sedangkan (a | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
malahan | [ma.la.han] | مالهن |
|
Tesaurus |
---|
| malah | | Kata Terbitan : malahan, |
|
|