Kata |
Takrif |
Sumber |
tara III | Mn sj alat drpd kayu yg berpaku utk menggaris kayu; melampaui ~ melampaui garis (aturan, ukuran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampaui jangkanya | a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampaui tara | melampaui garis (aturan, ukuran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampaui | 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melampaui | 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampaui | 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. | Kamus Pelajar |
melampaui | 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. | Kamus Pelajar |
melampaui | 1. melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2. lalu di; melintasi:Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. | Kamus Pelajar |
jangka II | = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (hadnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lewat | /léwat/ 1 sesudah waktunya; melampaui waktunya; lambat: Saya masuk bekerja ~ sepuluh minit pagi tadi. 2 lebih drpd yg sepatutnya; lanjut: Neneknya sudah agak ~ umurnya tetapi masih kuat. 3 berlalu; selesai; lampau: Musim mengubah sudah ~. melewati 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. melewatkan menyebabkan menjadi lewat; melambatkan: Orang yg ~ pembayaran gaji itu ialah kerani besar. terlewat ketinggalan waktu; terlambat. kelewatan keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
go | ~ beyond, a. walk, run, etc, further than, melewati, melampaui: do not ~ beyond the white line, jangan melampaui garisan putih itu; b. take action more than what is allowed, melewati, melampaui: the officer went beyond his powers by issuing those instructions, pegawai itu telah melewati kuasanya dgn mengeluarkan arahan-arahan itu; ~ beyond a joke, bukan lagi gurauan; ~ beyond /expectation, reason, etc/, di luar /jangkaan, dugaan/: the success of the experiment went beyond his dreams, kejayaan eksperimen itu adalah di luar jangkaannya; ~ beyond the call of duty, berkhidmat melampaui tugas-tugas biasa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jump | vt 1. leap over, melompati, meloncati: to ~ a hurdle, melompati pagar lompat; 2. cause to leap, melompatkan, meloncatkan: he ~ed the horse over the fence, dia melompatkan kuda itu melampaui pagar; 3. skip over, melangkaui: to ~ a chapter, melangkaui satu bab; 4. (colloq) pounce on, attack suddenly, menyerang: the thug ~ed him in the subway, penjahat itu menyerangnya di jalan bawah; 5. pass (red traffic-light) mendahului: he was fined for ~ing the red light, dia didenda krn mendahului lampu merah; 6. (of train) leave (track) tergelincir dr: a goods train ~ed the rails about ten kilometres from Gemas, kereta api barang tergelincir dr landasan lebih kurang sepuluh kilometer dr Gemas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
excess | n 1. more than the reasonable, expected, etc amount or degree, berlebihan: eating an ~ of fat can lead to heart disease, memakan lemak berlebihan boleh mengakibatkan penyakit jantung; 2. amount, degree by which st exceeds another, lebih: we usually have an ~ of imports over exports, import kami biasanya lebih drpd eksport; 3. (UK ), (insurance ) lebihan; 4. ( in pl ) acts that go beyond the limits of humanity or accepted behaviour, perbuatan yg /melampaui batas, keterlaluan/: the ~es of the Khmer Rouge, perbuatan Khmer Rouge yg melampaui batas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exceed | vt 1. be greater or larger than, melebihi: the number of students in each class must not ~ 30, bilangan pelajar dlm setiap kelas mestilah tdk melebihi 30 orang; the amount of money collected ~ed all expectation, jumlah wang yg dikumpulkan melebihi jangkaan; the demand for cotton ~s the supply, permintaan thdp kain kapas melebihi penawaran; 2. ( derog ) go beyond, melampaui, melebihi: he was fined for ~ing the speed limit, dia didenda krn melebihi had laju; he ~ed his authority in arresting the man, dia melampaui bidang kuasanya apabila menangkap lelaki itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
beyond | 5. (in negative and interrog constructions) except for, melainkan: she has nothing ~ her pension, dia tdk mendapat apa-apa pun melainkan pencennya; he gave no answer ~ a sigh, dia tdk menjawap melainkan mengeluh; ~ a certain point, selepas sst tahap tertentu; ~ a joke, bukan lagi jenaka; ~ compare, tiada bandingnya; ~ expression, tdk /terperi, terkatakan/; ~ measure, tdk /terhingga, terkira/; ~ os wildest /dream, hope/, di luar apa-apa yg /dimimpikan, diharapkan/; go ~, melampaui: to go ~ os authority, melampaui batas kuasa sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bound3 | n 1. (usu in pl) limit of territory, sempadan: buildings within the ~s of the university, bangunan-bangunan dlm sempadan universiti; 2. limit or restraint, batas, batasan: it goes beyond the ~s of probability, itu melampaui batasan kemungkinan; ~s of modesty, batasan kesantunan; 3. (math) batas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
above | prep 1. at a place etc higher than, di atas: he lived in a room ~ the shop, dia tinggal di sebuah bilik di atas kedai; to fly ~ the clouds, terbang di atas awan; 2. to a place etc higher than, melewati, melampaui: the flood waters have risen ~ the steps, air bah telah naik melewati tangga; 3. more than, lebih drpd: ~ freezing point, lebih drpd takat beku; her car costs ~ M$15,000, keretanya berharga lebih drpd M$15, 000; to be ~ twenty-one in age, berusia lebih drpd dua puluh satu tahun; to value honour ~ wealth, menghargai maruah lebih drpd kekayaan; 4. too honourable to stoop to (st) bukanlah orangnya utk: he is ~ telling lies, dia bukanlah orangnya utk berbohong; be not ~, sanggup: I am not ~ doing what is necessary, saya sanggup melakukan apa yg perlu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
transnational | transnasional | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang melampaui sempadan sesebuah negara. Keadaan tersebut berpunca atau terbentuk dari sebuah negara dan kemudiannya berkembang serta bertapak di negara lain. Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh didapati di pelbagai negara. Keadaan itu juga melambangkan sifatnya yang sudah begitu mantap dan terkenal. Contohnya, pertubuhan multinasional seperti Kodak dan Sony yang merupakan badan perniagaan bersifat transnasional. |
civil liberties | kebebasan awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan. |
core meltdown | leburan teras | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Teras reaktor melebur apabila haba yang dijana oleh reaktor nuklear melampaui takat lebur bahan teras reaktor. |
process optimization | pengoptimuman proses | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peraturan yang diselaraskan untuk menyesuaikan beberapa set parameter bagi mengoptimumkan sesuatu proses tanpa melampaui halangan. Pengoptimuman proses bertujuan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil atau kecekapan proses. |
thermal fluidic instability | ketakstabilan bendalir terma | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan bendalir terma dalam sistem reaktor nuklear yang tidak seimbang apabila nilai parameter seperti tekanan, suhu dan kadar aliran bendalir berubah secara mendadak atau melampaui had yang ditetapkan. |
thermal hydraulic instability | ketakstabilan hidraulik terma | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan hidraulik terma dalam sistem reaktor nuklear yang tidak seimbang apabila nilai parameter seperti tekanan, suhu, dan kadar aliran air berubah secara mendadak atau melampaui had yang ditetapkan. |
human rights | hak asasi manusia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Tiada | Pernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu Dark with excessive bright thy skirts appear. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal. |
survey meter | meter tinjau | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Alat mudah alih yang digunakan untuk mengesan dan mengukur keamatan sinaran. Alat ini perlu ditentukur, mampu untuk memberikan bacaan dalam julat dan tenaga sinaran yang betul, digunakan dengan bateri berkekuatan yang sesuai, dan tarikh tempoh tentukuran tidak melampaui tarikh yang dibenarkan. Meter tinjau merupakan salah satu alat yang diperlukan semasa melaksanakan kerja-kerja radiografi industri. |
Islamic state | negara Islam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan dan pentadbiran sebuah negara yang berlandaskan ajaran Islam. Segala aspek pentadbiran dilaksanakan berasaskan syariat Islam sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan, industri, kebudayaan dan politik. Sistem ini menolak sebarang unsur yang sekular seperti pilihan raya yang terlalu liberal, kempen politik yang melampaui batas moral serta penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Terdapat beberapa negara yang mendakwa sebagai negara Islam seperti Pakistan semasa pemerintahan Zia-ul-Haq, Arab Saudi dan Iran selepas revolusi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tahnyui | terlanjur; 1 melampaui, melewati: siyen mapun paser bak melei sayuor, tapi ~ tapak gak peak judi dia pergi ke pasar utk membeli sayur, tetapi telanjur sampai ke pak judi; 2 tersasul, terdorong, terlangsung perkataan, perbuatan, dll: telabausiyen ngak ~ ka | Melanau Mukah | |
pejajuok | telanjur; 1 melampaui, melebihi, melewati had (tujuan dll) yg tertentu, terlampau: ~ lakau (bam) telanjur langkah; 2 tersasul, terdorong, terlangsung (perkataan, perbuatan, dll): telabausiyen ngak ~ perkataannya sudah telanjur; wak kereja ~ perbuatan yg t | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb bertindan) Gen yang dapat menghasilkan polipeptida dengan menggunakan jujukan nuk- leotida dalam gen lain sama ada dengan menggunakan rangka bacaan yang sama atau yang lain. (BIO) overmature (bangka) Pokok yang melampaui tahap matang. (HUT) overprint (cetak lampau) 1. Tindakan mencetak aksara beberapa kali untuk menghitamkan atau mem- perbaiki bentuk rupa huruf aksara tersebut. 2. Tindakan mencetak di luar lebar kertas cetakan Kamus Sains.indb 655 7/8/08 11:50:41 AM 656 liat akan menyerap sejumlah besar tenaga dan boleh menahan beban hentaman yang berulang-ulang atau tegasan singkat yang melampaui had kenyal tanpa mengalami kegagalan yang sempurna. (HUT) tourniquet (tornikuet) Alat yang digunakan untuk menghimpit salur darah supaya pengaliran darah dari atau ke tempat yang lebih distal ke atau dari
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
melampaui | [me.lam.paui] | ملمڤاوءي |
|
|